CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5617|Reply: 0

[Kedah] ‘Lumpur paras betis, nak cuci air pula tiada’

[Copy link]
Post time 1-10-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode

Salah seorang mangsa banjir hanya mampu membuang lumpur yang memasuki kediaman mereka akibat banjir menggunakan baldi di Kampung Iboi semalam.

BALING – Mangsa banjir di Kampung Iboi di sini, tertekan apabila kediaman mereka yang dipenuhi lumpur tidak dapat dicuci disebabkan bekalan air yang terputus sejak Rabu lalu.

Bekalan air itu terputus di­sebabkan kawasan tersebut dilanda banjir dan banjir kilat dalam masa selang beberapa hari.

Mariam Abdul Isa, 71, berkata, sejak Rabu lalu, rumahnya masih dipenuhi lumpur dan tidak dapat dicuci sepenuhnya berikutan ketiadaan bekalan air.

“Sudah tiga hari kami berkampung di pusat pemindahan sementara (PPS) ini, hanya balik ke rumah untuk melihat kea­daan rumah sahaja tetapi hendak mencucinya tidak boleh lagi sebab tiada air.

“Lumpur pula hampir separas betis, nak cuci rumah rumah perlu air yang banyak. Kami hanya mampu keluarkan barang rosak sahaja,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Iboi di sini semalam.

Sejak Selasa lalu beberapa PPS telah dibuka di beberapa daerah di Kedah akibat kejadian banjir. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Baling dengan le­bih 1,000 mangsa.
Banjir di Kampung Iboi pula berlaku dua kali dalam masa selang beberapa hari.

Bagi Che Mah Wahab, 75, pula, dia juga tidak mampu mencuci rumah yang dipenuhi lumpur itu jika tiada air paip.

“Semua barang penuh lumpur banjir, hendak angkut air dari sungai sudah tidak mampu, ha­nya harapkan anak cucu yang balik ke rumah untuk mencucinya, itu pun mereka terpaksa guna paip air untuk sedut air sungai untuk cuci rumah,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Bekalan Air Masyarakat Kariah Iboi, Malik Arshad berkata, banjir lumpur yang berlaku telah menyebabkan lebih 1,000 penduduk yang bergantung bekalan air masyarakat yang digunakan sejak kira-kira 40 tahun lalu, terganggu.

“Amat sedih lagi apabila lebih kurang 300 mangsa yang terjejas banjir lumpur, tidak dapat bersihkan rumah selepas tiga hari banjir. Banyak paip yang rosak dan pecah akibat arus deras menyebabkan bekalan air terputus hampir di kesemua rumah penduduk,” kata Malik.

Jelasnya, hendak bersihkan rumah berselut tebal itu juga perlukan jet air.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... uci-air-pula-tiada/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.457678 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list