CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4092|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu Toyota Corolla dikhuatiri lemas terjun Jambatan P. Pinang

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode

Kereta Toyota Corolla yang ditinggalkan mangsa sebelum dipercayai bertindak terjun di KM 6.8 Jambatan Pulau, menghala ke pulau, malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas dipercayai bertindak terjun di Kilometer 6.8, Jambatan Pulau Pinang di sini, dari arah Perai menghala ke pulau, malam tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an itu telah meninggalkan sebuah kereta jenis Toyota Corolla di tepi tembok jambatan terbabit.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.15 malam dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan apsukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.

“Apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, dipercayai terdapat seorang mangsa telah terjun ke dalam laut dan mangsa telah meninggalkan kenderaan kereta jenis Toyota berwarna putih.

“Kerja – kerja mencari dan menyelamat dilakukan serta ditangguhkan disebabkan faktor cuaca dan laut bergelora.

“Hasil perbincangan bersama agensi lain, operasi pencarian akan disambung semula pada pukul 8 pagi ini,” katanya di sini, hari ini.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -jambatan-p-pinang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048421 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list