View: 3906|Reply: 6
|
Kaki Kucing Tersangkut Dalam Lubang Singki, Terpkasa Panggil Bomba
[Copy link]
|
|
RAWANG – Seorang pemilik kucing cemas apabila kaki haiwan tersebut tersangkut dalam lubang singki di sebuah kediaman sekitar Taman Regency Park.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Muhd. Mazuan Idris berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 4.20 petang.
Jelasnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ditugaskan ke lokasi kejadian.
Foto: Kosmo
“Sampai di lokasi, kita dapati kaki seekor kucing terperangkap dalam lubang singki tandas rumah berkenaan.
“Anggota bertindak mengumpil lubang singki menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan kucing itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kucing tersebut diserahkan kepada pemiliknya dalam keadaan selamat. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
alalala siannya domok...
harap2 kaki beliau idak injured |
|
|
|
|
|
|
|
Cari penyakit ko ni tauuu |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 pencinta kucing rumah busuk bau tahi ini kalau tak susahkan bombah, tak sah. |
|
|
|
|
|
|
|
cam mana boleh tersangkut dek oi..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|