CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16320|Reply: 0

[Kedah] 1,696 mangsa banjir di Kedah ditempatkan di 12 PPS

[Copy link]
Post time 28-9-2023 07:09 PM | Show all posts |Read mode
1,696 mangsa banjir di Kedah ditempatkan di 12 PPS



Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



LAPORAN Harian Metro sebelum ini




Alor Setar: Mangsa banjir di Kedah terus menunjukkan peningkatan apabila 1,696 mangsa daripada 494 keluarga ditempatkan di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 4 petang tadi.

Satu lagi PPS dibuka di Baling iaitu di Surau An Nur yang menempatkan 305 daripada 73 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, tiga lagi PPS di Baling iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Iboi masih kekal menempatkan 103 mangsa daripada 40 keluarga.

Katanya, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai pula menempatkan seramai 139 mangsa daripada 44 keluarga manakala PPS SK Kampung Keda pula menempatkan seramai 144 mangsa daripada 40 keluarga.

"Mangsa banjir di Pokok Sena pula ditempatkan di SK Bukit Hijau seramai 249 mangsa daripada 68 keluarga manakala PPS Maahad Tarbiyah Derang pula menempatkan seramai 148 mangsa daripada 40 keluarga dan SK Permatang Limau pula menempatkan seramai 15 mangsa daripada empat keluarga.

"Di daerah Kota Setar pula, PPS SK Taman Aman menempatkan seramai 267 mangsa daripada 95 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepala Batas pula menempatkan seramai 41 mangsa daripada 16 keluarga," katanya.

Muhammad Suhaimi berkata, di Kubang Pasu, PPS di Dewan Kampung Tradisi ditutup sepenuhnya jam 1 petang tadi.

Beliau berkata, PPS di SMK Changlun menempatkan seramai 83 mangsa daripada 23 keluarga manakala di PPS SK Malau pula menempatkan seramai 143 mangsa daripada 33 keluarga.

"PPS di Dewan PPK Lubuk Batu pula menempatkan 59 mangsa daripada 22 keluarga," katanya.



Disiarkan pada: September 28, 2023 @ 5:26pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.079067 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list