CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9086|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah

[Copy link]
Post time 28-9-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan dalam tong sampah di Flat Blok 4E Farlim, Ayer Itam di sini, hari ini. - Foto ZUHAINY ZULKIFFLI

GEORGETOWN: Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di Flat Blok 4E Farlim, Ayer Itam, di sini, hari ini.

Mayat bayi malang itu ditemui sekumpulan pekerja pembersihan ketika mengangkat tong sampah berkenaan bagi dimasukkan ke dalam lori sampah.

Saksi yang juga pemandu lori sampah berkata, mereka menyedari penemuan mayat bayi itu ketika mengangkat tong sampah ketiga di blok berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, mayat bayi cukup sifat itu berada dalam keadaan tidak berpakaian ketika ditemui dan dipercayai berada di bahagian bawah tong sampah.


"Mayat bayi berkenaan mungkin berada di bahagian bawah tong sampah kerana apabila ia dibalikkan, bahagian bawah akan berada di atas.

"Bayi itu berada dalam keadaan kembung selain dipenuhi lalat serta sampah. Sampah di sini kami pungut setiap hari dan kali terakhir pada jam 11 pagi semalam, katanya di sini, hari ini.

Susulan penemuan mayat bayi itu, pemandu lori berkenaan menghubungi pihak polis bagi memaklumkan mengenai kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat perempuan terbabit.

"Mayat bayi dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-dalam-tong-sampah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.107744 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list