CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1840|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mayat bayi perempuan ditemukan dalam tong sampah

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

MAYAT bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan dalam tong sampah di Flat Blok 4E Farlim, di sini, hari ini. FOTO Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat ditemukan dalam tong sampah di Flat Blok 4E Farlim, Ayer Itam, di sini, hari ini.

Mayat bayi itu ditemukan sekumpulan pekerja pembersihan ketika mengangkat tong sampah untuk dimasukkan ke dalam lori sampah.

Pemandu lori sampah yang enggan nama disiarkan berkata, mereka menyedari mayat bayi itu ketika mengangkat tong sampah ketiga di blok berkenaan kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, mayat bayi cukup sifat itu berada dalam keadaan tidak berpakaian ketika ditemukan dan dipercayai berada di bahagian bawah tong sampah.

"Mayat itu mungkin berada di bahagian bawah tong sampah kerana ditemukan sebaik tong diterbalikkan.

"Mayat itu sudah kembung, dipenuhi lalat serta sampah. Sampah di sini kami pungut setiap hari dan kali terakhir pada jam 11 pagi semalam," katanya di sini, hari ini.

Susulan penemuan mayat bayi itu, pemandu lori berkenaan menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan penemuan terbabit.

"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-dalam-tong-sampah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050198 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list