CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1993|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tak sangka dipilih Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang 2023

[Copy link]
Post time 28-9-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-9-2023 02:05 PM

Tak sangka dipilih Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang 2023

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  28 September 2023   01:05pm





Ahmad Fuzi (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang 2023 kepada Muhammad Fauzy pada Khamis.




BAYAN LEPAS - Ahli perniagaan, Dr Muhammad Fauzy Muhammad Hyffny tidak pernah menyangka beliau akan terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang bagi tahun ini.

Ini kerana, ketika dihubungi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP), beliau tidak dimaklumkan butiran lanjut mengenai anugerah berkenaan.


"Saya memang tidak menyangka akan dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang 2023 kerana ketika dihubungi JHEAINPP, mereka hanya beritahu, saya hanya penerima anugerah sahaja.

"Saya ingatkan saya penerima anugerah untuk kategori Qudwatur Rasul (Usahawan) sahaja, rupa-rupanya saya dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul peringkat Pulau Pinang bagi tahun ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Pinang 2023 di sini pada Khamis.


Muhammad Fauzy berkata, beliau akan membawa gelaran itu sebagai satu tanggungjawab besar pada masa hadapan.

"Jujur saya katakan, terasa diri ini amat kerdil dan alhamdulillah kepada ALLAH SWT dengan semua rezeki ini.


"Bagi saya, dengan anugerah ini, ia memberi satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar di atas bahu saya. Saya akan bekerja dengan lebih keras selepas ini untuk memajukan perniagaan sekali gus untuk masyarakat," katanya.

Dalam majlis itu, Muhammad Fauzy menerima sijil penghargaan, trofi, wang berjumlah RM3,000 dan jam tangan.


Muhammad Fauzy berusia 63 tahun merupakan anak kelahiran Johor namun kini menetap di Gelugor di sini.



Beliau telah berkahwin dan dikurniakan lima anak yang mana, memulakan kerjaya sebagai akauntan bertauliah di London seterusnya berkhidmat di sebuah bank terkemuka di Kuala Lumpur selepas pulang dari luar negara.

Anak sulung daripada tiga beradik itu kemudiannya menyertai Abrar Group International yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi dan bertugas di Turkiye selama dua tahun.

Kini, Muhammad Fauzy merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Iltizam Pintar Sdn Bhd iaitu syarikat beliau sendiri dengan perkhidmatan utamanya adalah membekalkan gelatin halal dan pemanis alami dari tebu.

Dalam pada itu, Yang di-Pertua Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak meminta semua pihak supaya mengamalkan perpaduan dalam kehidupan seharian bagi menjaminkan kesejahteraan masyarakat sejagat.

Menurutnya, perpaduan dalam sebuah masyarakat adalah amat penting dan menjadi salah satu strategi negara bagi menjamin kesejahteraan insan.

"Sekiranya semua masyarakat mengamalkannya dalam kehidupan, maka akan terlahirnya masyarakat Pulau Pinang yang lebih sejahtera, berilmu, berkualiti, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

"Sehubungan itu, pembentukan perpaduan dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang yang berbilang kaum ini amat penting untuk dipertingkatkan," katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis sama.

Beliau berkata, menyedari hakikat Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2030 iaitu memakmurkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri pintar, harmoni dan bertaraf antarabangsa maka pembentukan perpaduan dalam kalangan masyarakat Pulau Pinang yang berbilang kaum ini amat penting dipertingkatkan.

"Saya yakin dan percaya, jika kita berjaya amalkan dalam kehidupan, kita akan dapat melahirkan masyarakat Pulau Pinang yang lebih sejahtera, berilmu, berkualiti, berdaya saing dan berbudaya cemerlang.

"Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu 'Perpaduan Teras Malaysia Madani' dilihat bertepatan dengan kerangka Madani yang merupakan satu ikhtiar yang bersepadu dan holistik," katanya.

Ahmad Fuzi juga mengingatkan umat Nabi Muhammad SAW supaya sentiasa mengenang perjuangan Baginda dalam menyebarkan dakwah Islam.

Ini kerana katanya, hasil perjuangan dakwah dan pengorbanan bersama para sahabat, kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam pada hari ini.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.055569 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list