CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4224|Reply: 0

[Perak] 500 kilogram beras ‘licin’ kurang tiga jam di Fama Simpang Pulai

[Copy link]
Post time 27-9-2023 05:14 PM | Show all posts |Read mode

Program jualan BPT tersebut mendapat sambutan penduduk sekitar Simpang Pulai hari ini dengan kesemua 500 kampit beras habis dijual dalam tempoh kurang tiga jam.

IPOH – Program Jualan Beras Putih Tempatan (BPT) di Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Simpang Pulai di sini hari ini berjalan lancar dengan 500 kampit BPT 10 kilogram (kg) habis dijual dalam tempoh kurang tiga jam.

Pengarah Fama Perak, Noorsham Ramly berkata, penduduk di sekitar Simpang Pulai merupakan golongan sasaran bagi program yang merupakan sebahagian daripada Pelan Intervensi Pengedaran BPT tersebut.

“Orang ramai mula hadir ke pusat operasi Fama tersebut seawal 9 pagi bagi mendapatkan beras berkenaan dan kesemua 500 kampit beras yang dijual pada harga RM26 itu habis sekitar pukul 11.30 pagi.

“Proses penjualan berjalan dengan lancar dan orang ramai melakukan pembelian secara teratur dan mengikut giliran masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Fama Perak telah menerima 60 tan metrik BPT untuk jualan sesi kedua ini dengan jumlah keseluruhan beras yang telah diterima berjumlah 94 tan metrik.

Katanya, Fama negeri mengadakan jualan intervensi BPT di enam pusat operasi iaitu di Pusat Operasi Fama Simpang Pulai, Pusat Operasi Fama Ipoh di Menglembu, Pusat Operasi Fama Batu Kurau, Pusat Operasi Fama Chui Chak, Pusat Operasi Fama Manjung dan Pusat Operasi Fama Bagan Datuk.

“Langkah intervensi ini adalah sebahagian daripada Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... fama-simpang-pulai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.649633 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list