CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1273|Reply: 0

[Pulau Pinang] Atap dan siling rumah asal P Ramlee hampir roboh - Rais Yatim

[Copy link]
Post time 27-9-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Rais ketika meninjau keadaan kerosakan struktur bumbung rumah kelahiran Seniman Agung Tan Sri P Ramlee di Jalan P Ramlee. - Foto Facebook Rais Yatim.

Georgetown: Senator Tan Sri Dr Rais Yatim menggesa pihak berkenaan supaya segera memperbaiki kerosakan struktur bumbung rumah kelahiran seniman agung Tan Sri PRamlee di Jalan P Ramlee di sini.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, semalam, Rais berkata, dia mendapati terdapat kerosakan berkenaan ketika berkunjung ke rumah terbabit Ahad lalu, selepas menghadiri ke sebuah seminar.

Katanya, didapati atap dan siling rumah berkenaan hampir roboh.

"Betul-betul terkejut bila mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung kita ini hampir roboh lantaran kebocoran yang berlarutan.



"Saya ambil peluang ini mohon supaya jabatan yang bertauliah supaya segera lalukan kerja pembaikan. Keadaannya amat menyedihkan, apatah lagi ini rumah P Ramlee, seniman idola kita," katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Mengulas lanjut Rais mendakwa penjaga rumah warisan itu sudah mengemukakan laporan berhubung kerosakan pada tahun lalu.

"Tentu sekali roh 'Ramlee' akan menangis melihat rumah pusakanya dalam keadaan begitu terbiar dan saya taksir kerosakan ini tidak lebih daripada RM15,000.

" Wahai ketua jabatan, mailah (datanglah) tengok, cepat baiki," katanya lagi.

Sementara itu Presiden Kelab Peminat P Ramlee Tan Sri Yusoff Latiff berkata, pihaknya akan menghantar surat makluman kepada beberapa jabatan berhubung perkara itu, hari ini.

"Kementerian dan jabatan berkaitan perlu ambil perhatian. Ini rumah warisan dan tarikan pengunjung, jadi ia perlu dipelihara sebaiknya dengan peruntukan yang ada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... ir-roboh-rais-yatim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.068038 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list