CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1189|Reply: 0

[Kedah] Penumpang feri muntah mabuk laut ketika cuaca buruk

[Copy link]
Post time 27-9-2023 11:23 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail feri yang membawa penumpang dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Kuah, Langkawi.

LANGKAWI – Hampir kesemua penumpang feri mengalami pe­ning dan muntah selain ada yang mengalami kesukaran untuk bernafas apabila pengangkutan itu terpaksa belayar dalam keadaan ombak tinggi dan hujan lebat pada petang kelmarin.

Menurut penumpang feri, Rizham Ibni, 41, dari Sungai Petani, dekat sini, dia menaiki feri dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi pada pukul 4 petang.

“Selepas kira-kira 30 minit feri belayar, laut bergelora dan ombak tinggi sehingga mengakibatkan feri yang memuatkan ratusan penumpang bergoyang dengan sangat kuat.

“Keadaan itu saya jadi pening dan terus muntah akibat mabuk laut sehingga rasa sukar untuk bernafas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, ramai penumpang lain yang turut muntah di dalam feri kerana tidak tahan dengan keadaan feri yang dipukul ombak.

“Ini merupakan kali pertama saya berdepan cuaca seburuk itu dan tidak lagi akan menaiki feri ketika cuaca buruk,” ujarnya yang bersyukur selamat tiba di Terminal Feri Kuala Kedah dengan selamat.

Sementara itu, seorang penumpang feri berasingan yang mahu dikenali sebagai Asmah, 58, berkata, feri dinaikinya terpaksa berpatah balik ke Terminal Feri Penumpang Kuah akibat cuaca buruk.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang yang mana feri dilambung ombak kuat dalam keadaan hujan lebat.

“Kebanyakan penumpang ketakutan dengan anak-anak kecil menangis selain ramai juga yang muntah,” katanya.

Kelmarin sebuah feri yang membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah berpatah balik ekoran cuaca buruk.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ketika-cuaca-buruk/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.151020 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list