CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2348|Reply: 0

[Kedah] 'Kami perlukan jambatan baharu' - Penduduk Kampung Iboi

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Baling: Mata pencarian lebih 60 penduduk di Kampung Iboi di sini terjejas selepas jambatan yang menghubungkan kawasan penduduk dengan kebun mereka musnah selepas ia siap dibina bulan lalu.

Menurut Ishak saad, 57, jambatan yang dibina hasil gotong royong penduduk kampung itu hanya bertahan selama seminggu sebelum ia rosak akibat arus deras Sungai Kupang di Lata Celak kampung berkenaan.

"Selepas kejadian banjir puing pada 4 Julai tahun lalu, banyak jambatandi Sungai Kupang ini musnah, antaranya jambatan di sini menghubungkan kawasan penduduk dengan kebun yang diusahakan di Lata Celak.

"Satu jambatan yang berada paling jauh sudah diganti namun jambatan di sini belum diganti, jadi kami petani di sini ambil keputusan untuk kumpul duit antara kami dan bina sendiri jambatan.

"Hasil sumbangan sebanyak RM8,000 kami bina jambatan konkrit secara gotong royong, tapi tak sampai seminggu ia digunakan selepas siap bulan lalu, jambatan ini sudah roboh akibat arus deras," katanya ketika ditemui di kampung berkenaan.

Bapa kepada tujuh orang anak ini berkata akibat keadaan itu dia tidak dapat mengusahakan kebunnya selain tidak dapat mengeluarkan hasil tanaman untuk dijual.

Katanya, rumah yang didiami selama 10 tahun di kebun itu juga terpaksa ditinggalkan akibat kejadian banjir puing tahun lalu.

"Hidup saya sekarang agak susah kerana terpaksa menyewa di rumah lain di kampung ini, banyak mengharapkan ihsan anak-anak.

"Sekiranya keadaan cuaca baik dan air sungai tidak deras, kami masih boleh menyeberangi sungai untuk ke kebun namun hasil tanaman tetap tidak boleh di bawa keluar,"katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Yusop Wan Teh,61, berkata dia juga tidak dapat pergi menoreh getah ke kebunnya selepas kejadian banjir puing 4 Julai lalu.

Katanya, jambatan baharu yang di siap di bina dua bulan lalu itu adalah jambatan kedua yang perlu dilalui sebelum jambatan di sini.

"Kami sangat perlu kan jambatan baharu di sini, saya harap kerajaan akan percepatkan pembinaan jambatan yang dihanyutkan banjir puing sebelum ini.

"Kawasan ini sahaja sudah membabitkan lebih 60 penduduk dengan keluasan kira-kira 66 hektar kebun yang diusahakan. Ini saja lah mata pencarian kami sebelum ini, sekarang ramai yang terpaksa cari kerja lain untuk kelangsungan hidup.

"Ini hanya di kawasan Lata Celak, belum lagi ke kebun lain, ramai lagi yang tidak dapat mengusahakan kebun mereka sejak setahun lalu.

"Jika hendak bina jambatan hasil gotong royong, peruntukkan yang diperlukan sangat tinggi mungkin ratusan ribu ringgit," katanya.

Kejadian banjir puing pada 4 Julai tahun lalu menyebabkan 41 kawasan di daerah Baling terjejas, yang turut mengorbankan tiga nyawa, termasuk wanita hamil serta mengakibatkan kerugian berjumlah RM28 juta.


Ishak Saad, 57, menunjukkan jambatan yang runtuh akibat arus deras di Lata Celak Kampung Iboi. FOTO Noorazura Abdul Rahman

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nduduk-kampung-iboi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053948 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list