CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10012|Reply: 0

[Kedah] Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai

[Copy link]
Post time 26-9-2023 12:43 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai

oleh    ROSHILA MURNI ROSLI  25 September 2023   08:45pm





Anggota bomba sedang melakukan Kerja-kerja memotong pokok bagi membuka laluan yang terjejas akibat kejadian.




YAN - Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sharifuddin Yaakob berkata, Pusat Kawalan Operasi (PKO) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan terdapat kejadian pokok tumbang di lokasi kejadian.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak dikerahkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat.

"Maklumat awal yang diterima di lokasi terdapat sebatang pokok telah tumbang dan menghempap sebuah kereta yang terdapat seorang mangsa.


"Bagaimanapun, mangsa yang berusia 27 tahun itu berjaya keluar dengan sendiri sebelum kehadiran pihak bomba,"katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Jelas beliau, tindakan awal PKO telah memberi rawatan awal dan membawa mangsa ke Hospital Yan dengan EMRS.


"Kerja-kerja memotong pokok berkenaan sedang dilakukan bagi membuka laluan yang terjejas akibat kejadian," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.369436 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list