CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15594|Reply: 9

NOVEL THE MICROBIOLOGIST

[Copy link]
Post time 19-9-2023 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Ipo at 19-9-2023 11:06 PM

Hai semua forumer!Lamaaaa saya berhibernasi


Novel latest saya dengan tajuk THE MICROBIOLOGIST sudah restock ya! Cetakan kedua.
Genre thriller.


Boleh beli di kedai shopee saya
link shopee https://shp.ee/qp46x4k



Sinopsis

Pulang dari menjalani kursus di Jepun, AYUMI menyambung tugasnya sebagai seorang ahli mikrobiologi dalam mengendalikan spesimen kes jenayah.  Ayumi bersama-sama KAMAL, bekerjasama dengan Detektif FAHAD dalam penyiasatan kes pembunuhan bersiri.

Satu-satunya petunjuk yang mereka ada ialah segumpal kertas yang ditemukan di dalam mulut mangsa yang bertulis‘ The Microbiologist’.

“Apa yang pembunuh cuba nak beritahu dengan gumpalan kertas ini?”

Muncul seorang lelaki misteri memberi amaran kepada Ayumi.

“Hati-hati. Kamu dalam bahaya.”

Kerjasama Ayumi dan Detektif Fahad telah menimbulkan rasa cemburu Sarah pada gadis itu. Dalam masa yang sama, Ayumi menerima nota ugutan sehinggalah membawa kepada penculikannya.

Penculikan Ayumi telah mendedahkan siapa sebenarnya lelaki tua misteri itu. Sekaligus membongkar kejadian sebenar dalam kes kematian Prof. Kentaro dan Prof. Tahir hampir 30 tahun yang lalu. Pembongkaran yang membawa petunjuk siapa pembunuh bersiri ‘The Microbiologist’.

“Hanya pembunuh yang mengenal pembunuh”



Terima kasih




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2023 11:09 PM | Show all posts
Dah lupa macam mana nak tag forumer
tulah, lama sangat masuk gua

sudi-sudilah jenguk kedai shopee saya ya...

terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2023 08:13 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-9-2023 08:15 AM

Okay, belanja beberapa bab.

PROLOG

ANGIN damai dari arah pantai bertiup sepoi yang meliuk lentuk pokok kelapa dan pokok rhu di sekeliling sebuah banglo. Angin sepoi itu turut menerpa wajah seorang kanak-kanak yang sedang mendongak, terlopong melihat banglo cantik yang tersergam indah di depan mata.

Kanak-kanak itu mencuri tengok dari birai cermin tingkap kereta yang terbuka luas. Terpegun melihat banglo besar tersergam indah di depan mata. Dia mula keluar dari perut kereta. Kagum dengan banglo yang cantik dan besar itu, tidak sedar dirinya sudah melangkah jauh dari kereta. Dia meneruskan langkahnya mendekati banglo mewah itu. Rasa ingin tahu apa yang ada di dalam rumah besar itu, dia menapak ke belakang dan masuk melalui pintu dapur yang tidak berkunci untuk mengelak dari dilihat ayah.

Sedang dia melihat-lihat keindahan dan kemewahan di dalam banglo yang mewah itu,telinganya menangkap perbualan di dalam sebuah bilik besar yang terbuka luas pintunya. Kanak-kanak itu cepat-cepat sembunyi di tepi almari sambil mengintai beberapa orang lelaki sedang berbual sambil minum di dalam bilik itu.

Dia masih mengintai. Dua lelaki kelihatan seperti tidur di atas kerusi selepas saja meneguk minuman yang diambil dari atas meja. Matanya dialih pada dua lelaki lain yang sedang bertengkar. Di tangan salah seorang lelaki itu terdapat seperti jarum sebagaimana yang pernah dilihat ketika doktor ingin menyuntiknya dulu. Pada fikirannya, mungkin lelaki itu seorang doktor.

Kanak-kanak itu berubah riak. Ternganga dan terbeliak saat melihat seorang lelaki memakai baju hitam mengacukan pistol kepada lelaki yang sedang memegang jarum tadi. Pucat mukanya  melihat lelaki itu terketar-ketar menusuk jarum ke leher dua lelaki yang sedang tidur.

“Cepat panggil Salim! Uruskan semua ni!”

Panik apabila mendengar nama itu disebut, kanak-kanak itu segera berlari keluar melalui pintu dapur semula dan menyelinap masuk di tempat duduk belakang kereta seperti tadi.Badannya yang kecil, cukup untuknya menerobos masuk dengan cepat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2023 08:18 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-9-2023 08:31 AM

BAB 1

DERUAN air sungai kecil di hujung sebuah kampung menjadi halwa telinga yang tenang. Ranting dan daun lembap memenuhi lantai tanah. Derapan tapak kaki memijak ranting tenggelam dalam deruan air sungai itu. Seorang lelaki menebarkan matanya mencari batang pokok yang reput kerana di situlah selalunya kulat sisir tumbuh dengan subur. Tambah pula hari lepas hujan. Batang pokok yang tumbang akan mudah reput. Sekaligus memberi nutrisi kepada kulat sisir untuk tumbuh.

“Emm…Ada pun.Bolehlah aku kutip buat juadah tengah hari nanti.”

Terbongkok-bongkok Bahar mengutip kulat sisir yang tumbuh subur itu. Dari satu tempat ke satu tempat lain dia mencari kulat sisir. Penuh satu tempurung. Sudah cukup untuk mengenyangkan perut. Tambah lagi jika digoreng pedas-pedas. Cili padi yang dikutip semalam masih banyak lagi. Langkahnya terbejat. Hidungnya mula menghidu sesuatu yang busuk. Liar matanya mencari arah bau yang cukup meloyakan itu. Matanya tertancap pada sesuatu di atas lantai tanah yang lembap. Tidak jelas apa yang dilihat, dia melangkah semakin dekat.Kali ini cukup jelas pada pandangan matanya. Sekujur tubuh yang membengkak terbujur kaku di antara pokok-pokok renik. Dari bau yang menusuk hidung itu, dia yakin mayat itu sudah berada di situ lebih dari 3 hari. Bahar duduk bertinggung sambil memerhati keadaan mayat seorang lelaki yang sudah bengkak mukanya. Memang sudah tidak boleh dicam lagi siapa pemilik tubuh malang itu.

“Emm…Macam mana dia boleh mati dekat sini?”

Mayat itu diperhatikan dengan teliti. Perubahan bentuk wajah yang herot dan membengkak serta warna kulit yang kemerahan bercampur biru hitam menarik perhatiannya.Sebatang ranting dicapai lalu dikuis di tempat bengkak itu sehingga tertusuk isi daging yang mula mereput. Warna itu bukan hanya berada di permukaan kulit tetapi sudah memenuhi daging si mati.

“Jangkitan kuman?” tebaknya seraya mengerutkan kening.

Dia perasan pada mulut mangsa ada sesuatu di dalamnya. Seperti segumpal kertas. Menggunakan ranting kecil, dia cuba menarik gumpalan kertas itu. Keluar saja dari mulut mayat itu, gumpalan kertas itu segera dibuka. Ternampak satu tulisan di atasnya.

“The Microbiologist?”

Dalam dia berfikir apa yang dimaksudkan dengan tulisan itu, cuping telinganya menangkap bunyi derapan yang memijak ranting. Bunyi suara bising manusia jelas kedengaran.Dia masukkan semula kertas itu ke dalam mulut si mati dan segera menyembunyikan diri. Dari belakang sebatang pokok besar, Bahar melihat seorang lelaki sedang berjalan sambil bersiul-siul, Di tangan lelaki itu terdapat senapang patah. Mungkin lelaki itu seorang pemburu di hutan. Dia perasan langkah lelaki itu menghampiri mayat tadi.

Benar telahannya. Lelaki itu terbeliak saat ternampak sekujur mayat yang terlentang di atas lantai tanah yang basah. Lelaki itu dilihat cepat-cepat beredar dengan wajah pucat lesi. Dia pasti, lelaki itu akan beritahu pihak polis tentang penemuan mayat tadi. Langkahnya diatur laju beredar dari situ. Dia tidak mahu dilihat berada di sekitar kawasan mayat itu.



Dua hari kemudian.
FAHAD terkejut dengan bunyi jam dari telefon pintarnya.‘Alarm’ segera dimatikan. Dia menggeliat kecil. Penat masih terasa. Tidurnya hanya 4 jam sahaja.  Ikutkan hati, mahu dia sambung tidur lagi.
Duduk di birai katil, Fahad masih bermalas di situ. Sesekali dia meraup rambut ke belakang. Agak lama dia berdiam dalam posisi itu, Dia mula bingkas dan menapak ke bilik air.
Sedang bersiap-siap, bunyi mesej masuk ke peti WhatsApp. Telefon pintar dicapai dariatas katil.


Ada maklumat dari makmal forensik’


Dia segera capai kunci kereta dan bergegas keluar. Mungkin maklumat dari makmal forensik itu bakal menemui jawapan.
Kereta dipandu berhati-hati meredah kesesakan jalan raya menuju ke Cheras. Sejak dia ditugaskan di bahagian kes jenayah berat, acapkali juga dia berurusan dengan pihak makmal.
Sampai di makmal. Fahad segera berjumpa Kamal, pegawai sains forensik yang sentiasa berhubung dengannya merangkap kawan satu universiti.

“Ada latest info?” Fahad mendekati Kamal yang sedang memeriksa spesimen dari bahan bukti.

Kamal mengajak Fahad ke satu bilik yang menempatkan spesimen dan juga maklumat lain.

“Kau tengok gambar ni. Warna dan bengkak pada tubuh mangsa kemungkinan besar adalah kesan dari tindakbalas biologi dari dalam badan. Apa yang aku dah test, tindakbalas kimia hanyalah gas ammonia dalam tubuh disebabkan mayat dah mula mereput dan bengkak. Itu biasa.” Jelas Kamal.

“Tindak balas biologi?” Fahad berkerut kening.

Kamal mengangguk. Dia capai salah satu spesimen cebisan daging dan ditunjukkan kepada Fahad.

“Spesimen ni adalah bukti ia tindakbalas biologi. Maknanya, kemungkinan kematian mangsa disebabkan jangkitan kuman atau mungkin toksin yang dirembes dari bakteria.Kalau tengok keadaan mayat, mungkin disebabkan bakteria bukan virus.” Jelas Kamal lagi.

“Tak mustahil,kan? Sebab mangsa ditemui dalam hutan, di tempat lembap pulak. Of course,banyak bakteria ada kat situ. Or…mangsa mungkin termakan makanan atau terminum air yang tercemar dengan bakteria.” Fahad menyatakan teorinya.
Semalam dia telah mendapat keputusan bedah siasat dari pihak hospital. Mangsa mati akibat racun dari kandungan toksin sejenis bakteria yang banyak di dalam tubuh mangsa.

Kamal senyum.Seorang detektif seperti Fahad, otaknya sentiasa dipenuhi dengan teori dan hipotesis. Kadang-kadang tidak pernah terfikir dek akal.

“Untuk kepastian, kita kena hantar kepada yang pakar for further test. Microbiologist yang akan buat test.” Kamal mengambil sekeping kad dari atas meja kerja dan dihulur kepada Fahad.
Nama yang tertera di atas kad itu dibaca.

“Ayumi Kenshi?”

Kamalmengangguk.

“Ya, dia microbiologist yang akan handle kes ni.”

“Kau tak boleh buat test?” Soal Fahad, Baru tadi Kamal menerangkan kepadanya keputusan ujian makmal.

“Aku tak boleh.Untuk ujian identifikasi,. Ayumi saja yang handle.” Balas Kamal.

Fahad masih menatap kad itu dengan wajah berkerut.

“Jangan bimbang. Dia sudah biasa dengan spesimen dari kes jenayah. Spesimen ni nanti akan dibuat ujian identifikasi bakteria. Ayumi dah biasa kendalikan ujian mikrobiologi forensik.” Kamal menyambung bicara.
Kamal faham keraguan detektif itu terhadap sampel dalam kes jenayah.  Fahad baru ditukarkan ke cawangan itu dan sudah tentu dia masih tidak kenal pegawai sains yang bertugas di bahagian mikrobiologi forensik.

“Dia dah lama kerja?” Fahad masih ragu-ragu.

“Hampir 6 tahun.Oh ya, dia baru balik dari Jepun. Sambung belajar kat sana.”

“Jadi dia orang Jepun?” Fahad keliru. Sudahlah nama macam nama Jepun, sambung belajar pun di Jepun.

“Tak. Dia orang Malaysia. Itu memang nama betul dia. Ayumi Kenshi.” Kamal sengih melihat wajah berkerut Fahad.

Fahad mengangguk-angguk. Mungkin dia yang ketinggalan tentang Ayumi yang dikatakan pakar dalam ujian mikrobiologi terutama untuk forensik.

“Aku dah inform Ayumi tentang spesimen tu. Nanti, kau berhubung dengan Ayumi untuk apa-apa maklumat berkaitan.”

Sekali lagi Fahad mengangguk-angguk.

“Oh, ya.  Apa info pasal nota tu?” Fahad merujuk pada gumpalan kertas yang bertulis ‘The Microbiologist’ yang dijumpai di dalam mulut mangsa.

“Setakat ni,kesan cap jari tak dapat dikesan. Sekarang ni pakar tulisan sedang kaji corak tulisan,” Balas Kamal.

Fahad mengangguk faham. Dia minta diri setelah beberapa laporan maklumat ujian forensik lain diterima. Dia harus sampaikan kepada Tuan Haris tentang perkembangan terbaharu kes itu.




TENGAH HARI itu Fahad menghadiri sesi taklimat dan membentangkan penerangan tentang kes mangsa yang ditemukan seorang pemburu di hutan kecil dekat dengan Kampung Ketapang.

“Hasil bedahsiasat, mangsa berusia dalam lingkungan 60-an. Waktu kematian, dianggarkan sudah3 hari dari hari mayat ditemukan. Identiti si mati, kita masih menunggu keputusan DNA. Setakat hari ini, maklumat terbaharu, si mati mungkin kena jangkitan kuman. Laporan forensik dari makmal, tiada bahan kimia dalam cecair tubuh si mati sebaliknya tindakbalas biologi dikesan.”
Fahad menunjukkan slide gambar-gambar mangsa yang diambil di tempat kejadian dan juga di makmal semasa proses bedah siasat.

“Jadi, spesimen akan dihantar kepada bahagian mikrobiologi untuk ujian lanjut. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.” Fahad menamatkan sesi penerangannya.

Semua yang hadir mula bersurai. Fahad mengemaskan laporan di dalam fail. Sempat dia menyapa Tuan Haris yang turut sama ingin beredar dari bilik itu.

“Tuan! Boleh tunggu sekejap!” Fahad merapati Tuan Haris.

Setelah semua yang ada di situ beredar, Fahad mengajak Tuan Haris duduk.

“Ada apa?” Tuan Haris menunggu bicara daripada Fahad yang nampak gelisah.

“Ingat lagi tak kes orang hilang?”

“Banyak. Yang mana satu?”

“Kes kehilangan seorang bekas adun, Datuk Borhan,”

Tuan Haris cuba mengingati kes itu. Ya, dia masih ingat, ada seorang wanita datang membuat laporan kehilangan adun itu lebih kurang dua minggu yang lalu.

“Emm…Kenapa dengan kes itu? Kes tu belum tutup, kan?”

Fahad mengangguk.

“Mangsa yang mati dalam hutan tu, saya rasa mayat Datuk Borhan.” Fahad berkata perlahan.

Tuan Haris terkejut.Riak wajah Fahad mempamerkan rona serius.

“Apa yang buat awak rasa macam tu? Any clue?”

Fahad bangun dan capai fail yang mengandungi gambar-gambar bahagian tubuh si mati. Salah satu gambar itu ditunjukkan kepada Tuan Haris.

“Ada tanda lahir bentuk clover pergelangan tangan.” Fahad tuding pada gambar. Bentuk clover dengan tiga daun.

Tuan Haris mula mengamati warna hitam bentuk clover itu. Memang jelas. Dia pernah tanda lahir itu ketika Datuk Borhan berkempen semasa pilihanraya.

“Kita tunggu keputusan DNA. Buat masa sekarang, jangan dihebohkan lagi.”

Fahad mengangguk.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2023 08:32 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-9-2023 08:40 AM

BAB 2

LANGKAH Ayumi terasa sumbang apabila menyedari kehadirannya di makmal itu diperhatikan beberapa pasang mata sejak dari mula dia melangkah masuk.Ada yang dikenali dan ada yang tidak pernah dia nampak sebelum ini. Tempoh dua tahun sudah tentu ada pekerja yang keluar-masuk. Dia merapati kaunter penyambut tetamu. Bibirnya melakar senyuman manis saat terpandang seorang perempuan yang masih setia berkhidmat di makmal itu.

“Saya nak hantar sampel.” Ayumi bersuara. Dia perasan Mageswari masih leka menyusun kertas.

“Cik tunggu sebentar ya. Silakan duduk dulu.”

Ayumi senyum. Mageswari masih menunduk melakukan kerja. Ah, suaranya sudah tidak dikenali lagikah?

“Hai! Mages!” Ayumi akhirnya menyebut nama perempuan yang memiliki rambut kerinting tebal itu.

Mageswari yang sedang ralit menyusun borang kemasukan sampel mula mendongak. Spontan bibirnya tersenyum lebar.

Oh my god! Ayumi! Is that you?” terus saja dia memeluk gadis tinggi lampai itu.

Gelagat mereka diperhatikan pekerja lain. Ada yang perasan kehadiran Ayumi, mereka mengukir senyuman. Mana yang tidak kenal Ayumi, mereka hanya sekadar melihat sekilas pandang.

“Bila kau balik?” soal Mageswari.

“Dah seminggu.Hari ni aku dah kena kerja. Ingat nak cuti lagi seminggu dua tapi biasalah,kerja memanggil. Dua tahun aku sambung belajar, dah agak berubah lab ni.Tuan Prendrigo ada?” Ayumi sedikit berbisik.

“Ada. Hari ni bos datang awal,” Mageswari jeling bilik Tuan Prendrigo yang berada di sebelah kanan kaunter penyambut tetamu.

Tingkat bawah yang menempatkan ruang pejabat dan bilik Tuan Prendrigo itu sangat luas dengan beberapa pekerja pengurusan. Sementara bahagian makmal pula ditempatkan di tingkat 1 dan 2.

“Bos ada tetamu?”

“Bukan, Dia on the phone,” Mageswari buat isyarat jari di tepi telinga. “Kau tunggu sekejap.”

Ayumi mengangguk. Dia melabuhkan duduk di sofa tetamu.

“Hi! Ayumi! Konnichiwa!”

Ayumi menoleh.Bibirnya terus menghadiahkan senyuman manis.

“Kamal! Hajimemashite!”balas Ayumi ceria.
Rasa rindu pada rakan setugas yang sama-sama kendalikan sampel kes jenayah mula terubat.

“Bila kau balik Malaysia?” Kamal merapati Ayumi.

“Dah seminggu lebih. Biasalah aku nak rehat-rehat dulu. Hari ni baru lapor diri,”

“Makin berseri kau ya? Ada boyfriend kat sana?” usik Kamal.

“Sorry, I’m not interested!”Ayumi cepat-cepat menidakkan.

Well!Welcome back! Banyak kerja menunggu kau tau! Oh ya! Aku nak cepat ni. Talk to you later!” Kamal minta diri untuk ke bilik analisis kimia.

“Thank you!”

Ayumi segera melangkah menuju ke bilik Tuan Prendrigo. Pintu cermin yang menampakkan isi dalam bilik itu dikuak perlahan-lahan. Kelibat Tuan Prendrigo tiada. Pintu ditutup semula. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Matanya ditebar ke seluruh bilik itu.Masih seperti dulu. Malah, ada sebuah lukisan air terjun tergantung kemas di dinding sebelah kiri.
Kedengaran pintu dikuak. Ayumi segera mengangkat muka. Tuan Prendrigo menapak masuk.

Welcome back,Ayumi!” Suara Tuan Prendrigo ceria.

Thank you,sir.” Ayumi melemparkan senyuman manis.

How’ syour life there?”

Good but not as good as here. Orang kata hujan emas di negara orang, baik lagi hujan batu di negara sendiri.” balas Ayumi dengan senyuman manis.

Ayumi bangun dan mula minta diri untuk mulakan tugas. Langkahnya diatur keluar dari bilik Tuan Prendrigo dan terus menuju ke pintu lif ke tingkat 1 di mana tertera pada papan tanda di tepi lif, ‘Makmal Forensik-Mikrobiologi’. Senyumannya mula terukir.Melihat ruang makmal itu, kenangan sepanjang 6 tahun bekerja di situ kembali berputar.  

Ayumi segera mengenakan baju putih makmal sebelum dia melangkah masuk ke bilik analisa makmal. Keadaan masih seperti dulu. Itulah bilik analisis mikrobiologi yang menjadi tempatnya dulu menghabiskan masa sepanjang waktu bekerja. Bilik itu dikawal dari segi keluar-masuk pekerja lain kerana bilik untuk ujian mikrobiologi perlukan pengawalan kualiti yang lebih ketat. Dia perasan ada beberapa peralatan makmal yang baharu.

Oh! Cik Ayumi! Welcome back!”

Ayumi melakar senyuman lebar. Ojie antara pembantu makmal yang masih setia berkhidmat di makmal itu. Dia kemudiannya melabuhkan duduk di meja asalnya dulu.

Still the same.” Ayumi senyum seraya melitari ruang bilik itu.

Hari itu Ayumi mulakan tugasnya dengan membaca semua prosedur operasi standard sebagai ulangkaji walaupun dia sudah tahu. Hampir satu jam menelaah dokumen yang ada, dia dikejutkan dengan kehadiran dua orang anggota polis di makmal itu yang ingin berjumpa dengannya.

“Di sini ada beberapa sampel spesimen mangsa untuk dibuat ujian identifikasi mikroorganisma.” Beberapa beg plastik spesimen dan borang maklumat spesimen diserahkan kepada Ayumi.

Plastik spesimen bertukar tangan. Ayumi segera masukkan ke dalam peti sejuk di dalam bilik analisis untuk mengelakkan dari pencemaran silang dan untuk tujuan ‘preserve’.

“Selepas dapat keputusan nanti, maklumkan kepada Detektif Fahad.” Pesan salah seorang anggota polis itu sambil menghulurkan sekeping kertas bertulis nombor telefon detektif itu. Mereka berdua minta diri dan meninggalkan makmal.

Ayumi mengerutkan kening. Detektif Fahad? Adakah pegawai polis itu sudah mengambil tempat Inspektor Sudi?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2023 08:42 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 20-9-2023 09:11 AM

BAB 3


DUA MINGGU berlalu. Beberapa ujian mikrobiologi termasuk identifikasi bakteria telah siap dilakukan ke atas spesimen. Ayumi mula mengumpul keputusan ujian makmal itu dan dimasukkan ke dalam satu fail.
Dia menuju kebilik Tuan Prendrigo untuk disemak kali kedua sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Morning,sir. These are the results for criminal case’s samples. I need you to double check before submit.” Ayumi menghulurkan fail kepada Tuan Prendrigo.

Tuan Prendrigo membelek keputusan ujian mikrobiologi yang telah siap. Satu persatu keputusan itu dibaca.
‘Clostridium botulinum?”

“Yes. that is the result based on botulinum toxin found in the body.” Jelas Ayumi apabila melihat reaksi Tuan Prendrigo yang sudah berkerut kening.

Tuan Prendrigo mengangguk-angguk.

But there is something weird regarding this case.” Ayumi menyatakan pendapatnya.

“What do you mean?”

“Berdasarkan kepekatan toxin yang dikesan dalam tubuh mangsa, nampaknya, Clostridium botulinum mendominasi dalam tubuh mangsa. Jadi, saya tak rasa ia datang dari sekitaran.Mangsa mungkin termakan makanan yang tercemar dengan bakteria tu. Untuk pastikan apa yang saya rasa, saya nak ambil beberapa sampel di lokasi kejadian.”jelas Ayumi.

“Maksudnya,tubuh mangsa dipenuhi toksin botulinum?”

Ayumi mengangguk.

On the Clostridium botulinum isolation agar, the appearance of the colonies growth are 100 percent confirmed as Clostridium botulinum. Anaerobes and have endospore.” Jelas Ayumi,

“Okay. If that is the case, I need to inform Detective Fahad. He will assist you if they allow you to do so.”Tuan Prendrigo terus capai gagang telefon dan menghubungi Detektif Fahad.

Ayumi menunggu sambil mendengar perbualan Tuan Prendrigo dengan Detektif Fahad di telefon.

“Detektif Fahad setuju. Esok, jam 9 pagi, dia akan bawa awak ke sana. Nanti serahkan sekali results ni.” Tuan Prendrigo segera menurunkan tanda tangan pada setiap keputusan ujian makmal dan diserahkan semula kepada Ayumi.

Ayumi meminta diri. Di bilik analisis makmal, dia mula memeriksa satu persatu tiub kultur bakteria yang dibiakan di atas medium pertumbuhan. Semua nama-nama strain bakteria itudicatat terlebih dahulu. Selesai melakukan pengkulturan di dalam Biosafety Cabinet Class II, semua tiub ‘slant agar’ dan ‘plate agar’ disimpan semula di dalam peti sejuk yang disediakan khas untuk penyimpanan bakteria berbahaya. Label pada tiub itu diperhatikan betul-betul supaya tidak ada yang tertukar. Itu adalah salah satu perkara yang perlu diikut berdasarkan ‘Good Laboratory Practice.’

Amazing!

Ayumi terkejut.Kamal tersengih di muka pintu.

“Apa yang amazing?”Ayumi turut senyum.

“Baru saja masuk kerja, kau dah dapat keputusan yang baik. Salute!” puji Kamal.

“Alah, kau pun boleh buat identification test tu. Kau saja tak nak kerja lebih kan?” sindir Ayumi.

Kamal menapak mendekati Ayumi yang sudah melabuhkan duduk di meja kerjanya.

“Kau rasa,mangsa mati mengejut atau dibunuh dengan racun bakteria tu?” soal Kamal.

Ayumi pandang wajah serius Kamal.

“Aku rasa buat masa ni, kesimpulan yang aku boleh buat ialah mangsa termakan sesuatu yang mengandungi bakteria tu tapi..”

“Tapi apa? Kau tak rasa pelik ke, mangsa mati dalam hutan. Aku rasa, mangsa mungkin mati sebab jangkitan dari bakteria di tempat tu. Mungkin melalui luka? Bakteria tu masuk melalui luka?” Kamal menyatakan teorinya. Dia pandang Ayumi yang sudah berkerut keningnya.

“Emm….”

“Okey! Dah nak habis waktu kerja. Aku balik dulu!” Kamal beredar dari meja Ayumi.

Ayumi turut bersiap-siap untuk pulang.  Terasa lega apabila keputusan ujian identifikasi bakteria sudah siap. Untuk kes polis, dia selalu merasa berdebar setiap kali diberi tugas itu. Walaupun jarang sampel diterima untuk ujian pengecaman jenis bakteria, namun dia tidak perlu mengambil mudah tugas berat yang diamanahkan kepadanya.

Ayumi segera ke kereta. Kereta dipandu menuju ke sebuah restoran. Sejak tengah hari tadi lagi perutnya minta diisi. Tadi dia tidak sempat keluar makan tengah hari demi menyiapkan fail untuk laporan keputusan ujian itu.
Sepanjang perjalanan ke restoran berdekatan dengan rumahnya, Ayumi perasan ada sebuah kereta hitam mengekorinya sejak dari makmal.
Tiba di restoran, Ayumi segera mengunci kereta dan berjalan laju menuju ke restoran.Dari dalam restoran, dia mengintai kereta hitam yang mengekorinya tadi. Nampaknya,kereta itu turut berhenti di kawasan parkir tidak jauh dari keretanya.

“Siapa agaknya?Kenapa dia ikut aku?” Ayumi gelisah.
Dia cepat-cepat beli apa yang patut dan menunggu sebentar sambil memerhati kereta hitam tadi pergi. Namun kereta hitam itu masih berada di situ.

“Tak boleh jadi ni.” Ayumi terpaksa menapak juga ke keretanya memandangkan dia sudah lewat untuk pulang ke rumah.
Dalam keadaan kelam-kabut,tergesa-gesa dia melangkah sambil sesekali memandang pada kereta hitam itu yang masih tidak beredar dari kawasan restoran itu.

Buk!

Dia terlanggar seseorang. Bungkusan tomyam yang dipegangnya terkena tubuh seseorang yang sedang berjalan ke arah restoran. Pecah! Terhambur segala isinya ke atas lantai tar. Bau aroma tomyam memenuhi rongga hidung.

Uh!”

“Oh! No!!” Ayumi mendecit. Bajunya terkena kuah tomyam.

Ayumi pandang lelaki di depannya. Dia perasan lelaki yang dilanggar secara berdepan tadi mula menyapu baju yang terkena kuah tomyam panas. Nampak jelas wajah lelaki itu sudah merona merah menahan kepanasan.
Masa yang sama,Ayumi mengalih mata pada kereta hitam itu semula.

“Nak cepat sekali pun, pandang orang lain sama.”

Ayumi masih memandang kereta hitam itu dengan wajah berkerut.

“Eh, tengok sini!”

Ayumi tersedar apabila terdengar petikan jari di depan mukanya. Matanya dialih pada lelaki itu semula. Dia perasan lelaki itu turut melihat ke arah yang sama sebelum lelaki itu menoleh semula padanya.

“I’m sorry. I’m really sorry.”Ayumi berkali-kali meminta maaf. Dia tunduk beberapa kali lagak orang Jepun.Tumpuannya terganggu.
Melihat lelaki itu menahan panas, dia mula merasa serba tak kena. Minuman sejuk yang turut dibungkus tadi cepat-cepat dibuka dan dituang ke atas baju yang terkena kuah tomyam panas tadi.

“Eh, siapa ajar awak buat macam ni? Ingat teh ais tu boleh sejukkan ke?”

“Maaf, saya nak cepat tadi.” Sekali lagi Ayumi tunduk beberapa kali.

“Huh!”

Ayumi pandang tajam pada lelaki itu yang seperti tidak mahu memaafkannya. Sudahlah begitu,lancang mulut lelaki itu menyindirnya pula.

“Encik, saya dah minta maaf, kan? Yang encik nak sindir saya tu kenapa? Saya tak sengaja!”Ayumi mula naik angin.

“Tapi tindakan awak curah teh ais tu tak betul! Lagi pedih perut saya, tahu tak!”

Ayumi mengetap bibir. Ah, dia juga yang salah!

Okay fine! How much your T-shirt? I pay!” Ayumi malas hendak bertekak lama. Sudahlah dia berdebar ada orang mengekorinya. Ditambah pula kejadian yang menjengkelkannya.

“No need! Keepy our money. Beli tomyam dan teh ais.”

Ayumi hanya melihat lelaki itu berlalu ke sinki restoran dan membasuh baju yang terkena kuah tomyam dan teh ais. Sebenarnya dia juga merasa bersalah kepada lelaki itu tetapi tumpuannya diganggu dengan kehadiran kereta hitam itu sehingga tidak sedar dia telah terlanggar lelaki itu.

Ayumi berdiri kaku sambil memerhati kereta hitam tadi. Dia pasti, di sebalik cermin gelap itu, pemandu kereta itu masih berada di dalam kereta dan mungkin sedang memerhatinya sekarang ini.

“Apa aku nak buat ni?” Ayumi garu kepala. Mundar-mandir dia di situ.

Dia mengambil keputusan untuk ke kereta sahaja. Sampai di kereta, Ayumi perhatikan lagi kereta tadi.
Ayumi pandang sekitar kawasan parkir itu. Rasa gelisah tadi mula bertukar lega apabila terpandang sebuah motorsikal peronda polis berhenti di depan restoran. Dia cepat-cepat melangkah ke arah polis itu seraya menjeling kereta hitam. Kelihatan kereta hitam itu mula bergerak perlahan-lahan keluar dari situ.

Namun begitu,Ayumi masih menunggu sehingga dia pasti kereta hitam itu sudah tidak lagi kelihatan.Dia ingin berpatah semula ke kereta namun langkahnya terhenti saat terpandang lelaki yang bertekak dengannya tadi sedang berbual mesra dengan polis peronda itu. Keningnya bertaut melihat polis peronda itu seperti memberi hormat pada lelaki yang bertekak dengannya tadi.

“Not gentleman!” gumam Ayumi seraya menyambung langkah ke kereta.

Kereta dipandu keluar dari kawasan restoran. Sempat dia pandang lelaki tadi yang kini sedang makan semeja dengan polis peronda itu.

“Mungkin dia kenalan polis peronda tu.” Tebak Ayumi.

Kereta dipecut semakin laju. Kali ini Ayumi mengambil jalan lain untuk pulang ke rumah.




LEGA apabila keretanya selamat sampai di pekarangan rumah. Keluar dari perut kereta, matanya ditebar ke kawasan sekitar lorong perumahan itu. Memang tidak ada sesiapa yang mengekorinya.
Ayumi segera masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci cepat-cepat. Inilah pertama kali dia diekori. Perasaan berdebar-debar masih terasa.
Usai mandi, dia ke ruang dapur untuk memasak. Perutnya berkeroncong sejak tadi. Disebabkan tomyam pun sudah jadi ‘makanan’ tar, terpaksalah dia mencari benda lain sebagai ganti. Malam itu, mi segera menjadi juadah makan malam. Sesekali dia mengekek ketawa saat teringat semula kejadian siang tadi di depan restoran seafood itu.

“Eh, tak betul ke aku curah teh ais macam tu?” Ayumi masih tidak puas hati dengan sindiran lelaki itu tadi.

Usai makan,Ayumi segera mengemas dapur. Esok, dia akan berjumpa dengan Detektif Fahad buat pertama kali dia akan bersua muka dengan pegawai polis itu. Adakah pegawai polis itu sama sikapnya dengan Inspektor Sudi?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2023 06:44 PM | Show all posts
lama ipo menyepi

tahniah ada novel baru.
nanti mokcun usha shopee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2023 12:17 PM | Show all posts
Mokcun replied at 22-9-2023 06:44 PM
lama ipo menyepi

tahniah ada novel baru.

terima kasih Mokcun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2023 01:16 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 10-12-2023 04:43 PM

Pengumuman!!
Novel The Microbiologist boleh didapati
>>>di Pesta Buku Antarabangsa Selangor bertempat di dewan MBSA Concention Center Shah Alam. Di booth Prolog Media.
Pesta buku tinggal 2 hari sahaja lagi. Esok last day!! Cepat dapatkan ya!


>>>Juga boleh didapati di Kedai Fixi di level 4 Sunway Putra Mall.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 10:04 AM | Show all posts
alaaaa..sambung lagi pls
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.292742 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list