CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1664|Reply: 1

[Kedah] Suami isteri maut kemalangan

[Copy link]
Post time 14-9-2023 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri maut kemalangan

Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



ANGGOTA bomba memadam kebakaran motosikal yang ditunggangi suami isteri. FOTO ihsan Bomba




Gurun: Suami isteri maut selepas motosikal ditunggangi mereka terbabit kemalangan dengan trak tentera di Kilometer 87, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 2 petang itu turut menyebabkan motosikal yang ditunggangi pasangan itu terbakar.

Mangsa dikenali sebagai Ridzuan Salleh, 42, dan isterinya, Rosmawati Ismail, 39.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.01 petang sebelum sepasukan anggota bersama dua jentera dari BBP Guar Chempedak diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Awa Suziana Abd Wahid serta tujuh anggota tiba di lokasi.

"Pasukan keluaran operasi memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera ketika itu dan memadam kebakaran motosikal," katanya.

Mohd Fauzi berkata, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



Disiarkan pada: September 14, 2023 @ 6:14pm







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2023 08:21 PM | Show all posts






Ridzuan (kiri) dan Rosmawati (dua dari kiri) maut dalam kemalangan di Kilometer 87.0 Lebuh Raya Utara Selatan pada Khamis.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.048880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list