View: 1663|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Misi sifar al-Quran tanpa perakuan
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kdn_%281%29_1694608316.jpg)
PESERTA melihat pameran yang disediakan. FOTO Ihsan KDN Selangor
Kuala Lumpur: Ketenteraman awam akan tergugat jika sebarang isu berbangkit berhubung al-Quran tidak ditangani dengan baik.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor, Ahmad Hilmi Said berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama hukum agama Islam sentiasa terpelihara.
Untuk itu, katanya, penganjuran seminar penerbitan al-Quran Rasm Uthmani peringkat negeri hari ini, dalam mencapai misi sifar al-Quran tanpa perakuan, adalah penting untuk memastikan tiada kesalahan dalam cetakan kitab suci itu.
"Menjadi satu cabaran dan tanggungjawab kerajaan memastikan sumber rujukan utama hukum-hukum agama Islam iaitu al-Quran sentiasa terpelihara.
"Ini penting bagi mengelak daripada berlaku sebarang kesalahan dan kesilapan yang boleh memesongkan akidah dan ajaran sebenar agama Islam," katanya dalam kenyataan hari ini.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/qurann_1694608319.jpg)
Ahmad Hilmi
Menurutnya, seminar berkenaan memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai ancaman pemalsuan teks atau bahan al-Quran termasuk kepentingan memelihara kesucian kitab agung itu.
"Membendung kesalahan yang berlaku di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986 ini bukanlah suatu usaha untuk menjamin kesucian dan kemuliaan al-Quran semata-mata.
"Ia juga sebahagian usaha kerajaan memelihara keamanan negara kerana al-Quran dan kemuliaannya sentiasa menjadi isu yang sangat sensitif kepada umat Islam," katanya.
Beliau berkata, salah pemahaman berkenaan ajaran Islam akibat penyelewengan teks atau kitab al-Quran dikhuatiri melahirkan kumpulan dan individu ekstremis.
Katanya, kesalahan dalam penulisan atau penterjemahan teks al-Quran akan memesongkan makna sebenar ayat berkenaan malah pelupusan bahan terpesong ini perlu mematuhi garis panduan ketat.
"Seruan kepada peserta seminar ini agar dapat menyebar luaskan ilmu dan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada seminar kepada keluarga dan masyarakat.
"Diharap menerusi seminar ini dapat mencapai sasaran misi 'Ke Arah Sifar al-Quran Tiada Perakuan KDN' dapat dicapai," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uran-tanpa-perakuan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|