CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1170|Reply: 0

[Selangor] 70 peratus kes kenderaan terbakar berpunca sistem pendawaian elektrik - Bomba

[Copy link]
Post time 13-9-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Shah Alam: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor merekodkan sebanyak 632 kes kenderaan terbakar di negeri ini, antara Januari lalu sehingga semalam.

Pengarahnya, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, berdasarkan statistik berkenaan, siasatan mendapati 70 peratus kejadian terbabit berpunca daripada sistem pendawaian elektrik.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 12 kes menyebabkan kecederaan, manakala empat kes kematian dilaporkan.

"Setakat semalam, terdapat 632 kes yang diterima JBPM Negeri Selangor dan sepanjang tahun lalu, sebanyak 947 kes. Kesemua kes ini, bomba menjalankan operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran.

"Hasil penyiasatan JBPM Selangor kebanyakan kes (iaitu) 70 peratus kebakaran kenderaan adalah berpunca daripada sistem pendawaian elektrik," katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru itu Wan Md Razali berkata, bomba menasihatkan pemilik kenderaan memastikan setiap sambungan pendawaian dan pertambahan aksesori kenderaan dilaksanakan oleh pihak yangg bertauliah dan berkelayakan.

Selain itu, beliau mengingatkan pemilik kenderaan melakukan penyelenggaraan kenderaan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Jangan merokok di dalam kenderaan kerana ia boleh menyebabkan berlaku kebakaran memandangkan bahan di dalam kereta mengandungi bahan mudah terbakar.

"Sediakan alat pemadam yang bersesuaian di dalam kenderaan serta elakkan pemasangan aksesori tambahan yang berlebihan.

"Elakkan meletak bahan yang mudah terbakar di dalam kenderaan, contohnya barangan elektrik (seperti bank kuasa), tin aerosol dan pemetik api," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aian-elektrik-bomba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.114451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list