|
Brothers,
Saya biasa dengar kereta re-cond, tapi tak biasa dengar superbike re-cond..
Nak tanya pada yang tahu...
Apakah kebaikkan dan keburukkan nya ?
Macamana nak tahu superbike tu re-cond?
Kalau nak tukar nama, perlu hantar puspakom tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Brothers,
Saya biasa dengar kereta re-cond, tapi tak biasa dengar superbike re-cond..
Nak tanya pa ...
biscuit_merie Post at 6-1-2011 00:32
ada... dari info yg aku dengar, cuma NAZA je yg dapat AP utk jual SB recon... kalau ada jual kat kedai2 lain kira dah jadi 2nd hand re-cond la.... my friend ada beli sebijik R6 recond dari NAZA... sama jer mcm 2nd hand bike cuma dapat nombor plate baru ler...
camne nak kenal..?? cam keta re-cond gak.. kat geran ada tulis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# ryo_takahashi1
TQ Bro Ryo |
|
|
|
|
|
|
|
haih biskut.. nak beli superbike.. mcm2 thread dia bukak..
tp biasa la.. mana ada superbike 4inline ckd.. mau turun harga.. kebanyakan import masuk seketoi atau recond je..
maksud recond keta ngan recond moto.. sama je hakikatnya..
moto aku pun recond.. mai seketoi daripada jepun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# Alt-F4
nak tanya sikit...kalau nak beli motor yang dah diubahsuai...contohnya dulu ekor tak tajam sekarang dah tajam, dulu muncung pendek...sekarang muncung dah tajam....
perlu hantar puspakom dulu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
biskut.. moto bukan mcm keta.. tak kena masuk puspakom larr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# Alt-F4
haah... tak perlu pemeriksaan puspakom melainkan cukai jalan telah luput melebihi 1 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
biskut.. moto bukan mcm keta.. tak kena masuk puspakom larr..
Alt-F4 Post at 12-1-2011 01:41
alamak.. ada info terkini... brita panas lagi hari ni punya....
Wajib hantar PUSPAKOM
Oleh Norfatimah Ahmad
[email protected]
2011/01/12
Syarat baru jual motosikal terpakai: Tindakan dapat lindungi pengguna beli kenderaan curi, diubahsuai haram
KUALA LUMPUR: Motosikal terpakai yang hendak dijual akan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi melindungi pengguna daripada membeli kenderaan curi atau diubahsuai secara haram. Jika cadangan PUSPAKOM itu diluluskan, dianggarkan kira-kira tiga juta motosikal terpakai yang digunakan sekarang dan berada di kedai menjual motosikal perlu menjalani pemeriksaan jika maju ditukar hak milik atau dijual. Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi bagi mengelak pembeli ditipu selain menjaga keselamatan pemilik baru kenderaan itu.
“Sebelum ini tidak pernah ada pemeriksaan berjadual untuk motosikal berbanding kereta, bas dan lori. Oleh itu, cadangan ini dapat mengesan sama ada motosikal yang dalam proses jual beli itu dalam keadaan baik atau mengenal pasti identitinya, sama ada kenderaan curi atau tidak, keadaan badan, enjin serta memiliki peralatan seperti lampu dan cermin.
“Pemeriksaan seumpama ini juga dapat mengesan motosikal yang mengeluarkan bunyi bising dan motosikal potong,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di sini, semalam.
Ketika ini, kenderaan persendirian diwajibkan menjalani pemeriksaan mandatori di PUSPAKOM bagi tukar milik kenderaan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan dikenakan caj sebanyak RM50.
Hisham juga memberi jaminan akan mengenakan caj pemeriksaan motosikal yang lebih rendah berbanding kenderaan lain jika cadangan itu diluluskan.
“Saya percaya rakyat dan pembuat dasar akan setuju dengan cadangan ini kerana ia dapat menjaga keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya,” katanya.
Malah, katanya, cadangan itu juga dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal terutama jika ia berpunca daripada motosikal rosak.
Sementara itu, Presiden Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong, berkata mengikut data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 500,000 motosikal baru dijual setiap tahun di negara ini.
“Sehingga akhir 2010, sebanyak 9.4 juta motosikal berada di jalan raya di seluruh negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan 35 peratus daripadanya dijual sebagai motosikal terpakai menerusi ejen penjual motosikal dan skuter termasuk 5,000 ahli persatuan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
9.4 juta motorsikal di mesia. setahun, kalau 20% drpd nya berlaku proses penukaran hakmilik, kira-kira 1.88 juta pemeriksaan perlu dilakukan. mampu?
minyak nak naik harga kelak, makin ramai org cari motor sbg alternatif. ada beli setakat nak guna pegi pasar, keluar ke kedai, ke masjid, keluar lepak2 dll. nak start enjin kete semata nak pegi tak sampai sekilo nak beli gula kat kedai... aku sanggup start motor |
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. ada info terkini... brita panas lagi hari ni punya....
Wajib hantar PUSPAKOM ...
ryo_takahashi1 Post at 12-1-2011 11:04
alamak...air liur masin ler... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe... ampeh betoi..
puspakom taknak franchais ke.. kalo nak franchais.. aku nak buat business puspakom.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
otak niaga betul hang ni... baguih |
|
|
|
|
|
|
| |
|