View: 1470|Reply: 0
|
[Selangor]
Raja Muda Selangor tawan puncak Kilimanjaro
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rmskiliman23_1694224499.jpg)
Tengku Amir Shah (dua dari kiri) berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania. FOTO IHSAN SELANGOR ROYAL OFFICE
Shah Alam: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania, semalam.
Menurut kenyataan rasmi Selangor Royal Office, ekspedisi cetusan Tengku Amir Shah itu bertujuan mengumpul dana bagi menubuhkan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.
"Ekspedisi pendakian Tengku Amir Shah ke puncak Gunung Kilimanjaro yang setinggi 5,895 meter ini.
"Baginda diiringi sepupunya Engku Panglima Setia Diraja Datuk Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar baginda, Datuk Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh.
"Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos 2023 lalu, adalah berpunca daripada kos rawatan tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.
"Ini termasuk anak perempuan kepada Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia 3 tahun," menurut kenyataan itu.
Pada 2012, ekspedisi pendakian hampir sama ke Gunung Kinabalu, Sabah, yang turut disertai Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) dari Cheshire Home.
"Kepada yang ingin membantu menyumbang kepada misi dana ini boleh berbuat demikian di https://www.simplygiving.com/speech-and-hearing-aid-centre-yprtu," kata kenyataan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -puncak-kilimanjaro
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|