CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4200|Reply: 0

Mengapa Kita Perlu Bersangka Baik

[Copy link]
Post time 7-9-2023 11:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by nurulazzah05 at 8-9-2023 08:40 AM

DIFINISI BERSANGKA BAIK DAN MACAMMANA BERSANGKA BURUK MEMUSNAHKAN IKATAN DALAM MASYARAKAT ?
     Berbaik sangka sangat dituntut dalam Islam kerana boleh mengelakkan daripada menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan. Manusia yang bersangka buruk seolah-olah memfitnah orang kerana sifat itu tidak mempunyai bukti nyata dan kukuh. Ini dibimbangi terjadi fitnah yang membawa kepada dosa besar, bersangka baik juga boleh mengukuh ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat, pemimpin, jiran tetangga, rakan sekerja, sahabat baik atau dalam kalangan adik-beradik.

BALASAN ORANG YANG SELALU BERSANGKA TIDAK BAIK DI DALAM HATI SESEORANG
Dosa orang yang buruk sangka adalah dosa besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah.“Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?” (Al-Hujurat: 12)

PENYEBAB MASYARAKAT BERSANGKA TIDAK BAIK DAN BURUK
     Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan penyebaran maklumat boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak. Apabila kita melihat atau terdengar seseorang berprasangka buruk terhadap orang lain, hendaklah kita menegur dengan cara berhemah.Oleh itu, sebagai hamba beriman kepada Allah SWT, kita perlu menjaga pertuturan atau berdiam diri.Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam." (Riwayat Imam al-Bukhari)Jangan terus mempercayai atau memberi maklum balas secara negatif. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

CARA UNTUK KITA MENGELAKKAN DIRI YANG BERSANGKA BURUK
    Dengan beribadah, bertaubat dan tawakal kepada Allah, hati akan menjadi tenang dan melupakan segala hal – hal buruk, terutama berprasangka buruk ke sesama manusia dan selalu mendoakan agar benda baik dan doakan seseorang akan membuat baik sesama manusia. Sibuk diri juga bisa menghindari dari prasangka buruk. Persibuklah diri anda dengan hal – hal yang menguntungkan anda dan yang pasti tidak merugikan orang lain ya.Menjauhi orang – orang yang berdampak negatif bagi diri anda sendiri juga sangat membantu diri anda untuk menjauhi prasangka buruk.
KESIMPULAN
    Islam melarang seseorang adanya sikap bersangka buruk kerana ia adalah perbuatan dosa, Elak dari mencari kelemahan dan keburukan orang lain serta islam melarang perbuatan dengki dan benci kepada sesama Muslim kerana setiap Muslim adalah bersaudara. Peliharalah hak saudara kita, buruk sangka dan suka mencari salah orang lain adalah perbuatan yang sangat dimurkai Allah SWT. Sifat buruk sangka boleh membawa kepada perpecahan ummah dalam masyarakat maka ia wajib bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.064771 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list