CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1388|Reply: 0

[Perlis] Rakyat Malaysia dinasihat jaga dokumen penting ketika melancong ke Thailand

[Copy link]
Post time 2-9-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kangar: Rakyat Malaysia dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan dokumen penting ketika melancong ke Thailand.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla yang baharu Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, rakyat Malaysia juga diingatkan supaya sentiasa patuh serta menghormati undang-undang tempatan semasa berada di negara jiran itu dan berhubung rapat dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

"Saya juga ingatkan rakyat Malaysia agar menyemak dan pastikan bahawa dokumen perjalanan atau pasport mereka dicop keluar (exit stamp and date) terlebih dulu sebelum keluar dari negara Thailand iaitu sebelum meninggalkan kaunter Imigresen.

"Kita menerima banyak laporan berhubung rakyat Malaysia yang tidak menyemak terlebih dulu dokumen perjalanan mereka sebelum keluar dari pintu sempadan, menyebabkan mereka terpaksa hadir semula ke pejabat Imigresen Thailand di pintu sempadan untuk melengkapkan formaliti berkaitan," katanya dalam kenyataan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Katanya rakyat Malaysia yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda dan disenaraihitamkan daripada memasuki Thailand pada masa hadapan.

Menurut kenyataan itu, Ahmad Fahmi mempersembahkan perkara tersebut kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Hat Yai, Thailand baru-baru ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Konsul Jeneral Indonesia di Songkhla, Thailand, Suargana Pringganu.

Menurut kenyataan sama, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menyampaikan sumbangan Ibnu Sabil berjumlah RM5,000 kepada pejabat Konsulat Jeneral.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lancong-ke-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.111335 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list