CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1167|Reply: 0

[Kedah] MPV terbabas, 2 remaja parah

[Copy link]
Post time 31-8-2023 05:02 PM | Show all posts |Read mode
MPV terbabas, 2 remaja parah


Hamzah Osman
[email protected]



Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat remaja rosak teruk dalam kemalangan di Lebuhraya Langkawi. FOTO IHSAN POLIS




Langkawi: Empat remaja lelaki nyaris maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di selekoh Lebuhraya Langkawi di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, dua mangsa parah manakala dua lagi termasuk pemandu cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata kesemua mangsa berusia 18 tahun dan kejadian berlaku ketika jalan basah dan hujan.

"Kemalangan membabitkan sebuah MPV dari Kuah menghala ke Padang Gaong ketika tiba di satu selekoh terbabas sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang lampu jalan.

"Akibat perlanggaran itu dua penumpang dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan, selain terdapat mangsa yang tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata, kesemua mangsa kemudian dihantar ke HSM untuk menerima rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di jalan dua lorong sehala, terdapat garisan putih putus-putus dan dibahagikan oleh pembahagi jalan serta cuaca hujan.

"Kenderaan MPV itu rosak teruk selepas lampu hadapan kiri dan kanan pecah, manakala bumper hadapan, bumbung, pintu kanan depan serta belakang turut remuk," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Disiarkan pada: Ogos 31, 2023 @ 4:53pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.486114 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list