CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1552|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Dasar agihan peruntukan ADUN tak sama rata kekal di Pulau Pinang'

[Copy link]
Post time 29-8-2023 01:50 PM | Show all posts |Read mode
'Dasar agihan peruntukan ADUN tak sama rata kekal di Pulau Pinang'


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 29, 2023 @ 1:32pm bhnews@bh.com.my




GEORGETOWN 29 OGOS 2023. Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, Chow Kon Yeow ketika sidang media pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan ADUN Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini. NSTP/DANIAL SAAD




GEORGETOWN: Pulau Pinang akan meneruskan dasar pemberian peruntukan secara tidak sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertakluk status penyokong kerajaan atau pembangkang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata ketika ini semua 40 ADUN bagi penggal terbaharu akan menggunakan baki peruntukan yang disalurkan kepada ADUN terdahulu.

Beliau berkata, masih ada lagi baki peruntukan bagi suku tahun keempat tahun ini daripada ADUN terdahulu sebelum pembiayaan baharu diumumkan kelak.

"Ketika ini, peruntukan kepada pembangkang masih kekal sebab sekarang sudah masuk suku terakhir (tahun 2023). Jadi semua ADUN yang baharu akan menguruskan peruntukan yang masih berbaki bagi penggal yang lalu.

"Bagi (11 ADUN) pembangkang adalah sama, kalau ada baki peruntukan itu, akan digunakan baki peruntukan itu.

"Kita (kerajaan negeri) akan meneruskan dasar pemberian peruntukan sama kepada ADUN, sama ada kerajaan mahupun pembangkang secara kekal tetapi (nilai peruntukan) tak sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya berhubung sama ada kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang sama seperti yang dilakukan kerajaan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota, ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah jawatan ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Sementara itu, Kon Yeow menggesa semua ADUN negeri itu supaya saling memupuk perpaduan serta mengamalkan politik matang demi mengutamakan agenda rakyat.

"Mandat rakyat tidak wajar diperlekeh serta disia-siakan sebaliknya perlu dimanfaatkan dengan inisiatif, pendekatan, usaha serta perdebatan matang yang boleh mencambahkan segala kebaikan demi pembangunan Pulau Pinang yang terus gemilang.

"Walaupun berbeza ideologi, tekad untuk terus mengekalkan keharmonian dan perpaduan negeri ini adalah perlu sentiasa menjadi pegangan. Kestabilan inilah yang bakal dan mampu terus membawa Pulau Pinang ke mercu kejayaan sebagaimana yang telah kita ukirkan sejak 15 tahun lalu.

"Saya menyeru dan tekankan kepada semua wakil rakyat bahawa jangan sesekali tanamkan kebencian, politik kaum dan sensitiviti agama di dalam perjuangan kita," katanya.

Tegasnya, segala perlakuan serta percakapan yang ditunjukkan setiap ADUN perlu bertunjangkan kepada fakta dan prinsip matang yang tidak sesekali memecahkan pegangan keluhuran perlembagaan negara.

"Jadikan DUN penggal ini sebagai contoh terbaik, medan untuk kita sama-sama perjuangkan segala kebaikan demi manfaat seluruh rakyat Pulau Pinang," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057962 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list