CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 1

[Pulau Pinang] Choo Kiang dilantik Speaker DUN Pulau Pinang bagi penggal ketiga

[Copy link]
Post time 29-8-2023 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Choo Kiang dilantik Speaker DUN Pulau Pinang bagi penggal ketiga


Oleh Nur Izzati Mohamad - Ogos 29, 2023 @ 11:26am [email protected]




Gambar fail - Datuk Law Choo Kiang




GEORGETOWN: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, dilantik sebagai Yang Dipertua atau Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi penggal ketiga berturut-turut, hari ini.

Choo Kiang, 53 adalah calon tunggal dilantik bagi jawatan itu pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 bagi pemilihan Yang Dipertua di DUN Pulau Pinang.

Terdahulu, pencalonan Choo Kiang dicadangkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow sebelum disokong Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang, hari ini.

Pelantikan Choo Kiang yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun itu, dibuat mengikut Peraturan 1, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang.

Dalam pada itu, ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz yang satu-satunya menjadi wakil AMANAH dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang.

Lantikan Azrul Mahathir, 47 turut dicadangkan oleh Kon Yeow dan disokong Mohamad.

Pada sidang sama, semua 40 wakil rakyat mengangkat sumpah jawatan didahului Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota, diikuti ADUN lain.

Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 Pulau Pinang menyaksikan 29 ADUN dari gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah selepas berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Seramai 11 wakil rakyat dari Perikatan Nasional (PN) terdiri tujuh daripada PAS dan empat BERSATU turut mengangkat sumpah jawatan sama.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2023 12:19 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.296059 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list