CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4580|Reply: 0

[Pulau Pinang] EmpowerNCER bantu golongan B40 tingkat pendapatan

[Copy link]
Post time 27-8-2023 04:58 PM | Show all posts |Read mode
EmpowerNCER bantu golongan B40 tingkat pendapatan

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN  27 Ogos 2023   04:17pm





Saidatul Nadia (kanan) meninjau produk yang dihasilkan oleh peserta empowerNCER Kursus Quick Win Makanan dan Pembungkusan Retort.




KEPALA BATAS - Bimbingan dan latihan secara holistik kepada peserta Program empowerNCER yang dianjurkan Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) diharap mampu melahirkan usahawan baharu berjaya selain membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Ketua Pejabat Negeri NCIA Pulau Pinang, Nurul Saidatul Nadia Zulkifli berkata, penganjuran program yang masuk fasa ketiga itu melibatkan 750 peserta dari lima daerah di negeri ini.

Menurutnya, dengan matlamat membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan, program itu juga diharap akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada peserta malah komuniti melalui peluang perniagaan baharu yang dicipta.

"Melalui program ini, peserta akan diberikan latihan kemahiran dan keusahawanan selama tiga hingga empat bulan malah mereka turut diberikan kit permulaan perniagaan selain bimbingan secara berterusan.

"Selepas tamat latihan, kesemua peserta akan dipantau bagi memastikan mereka mencapai objektif yang ditetapkan iaitu meningkatkan pendapatan.



Wan Saiful Ikmal merasmikan Bengkel produk makanan, Pro A Excellent Enterprise itu dibuka oleh salah seorang peserta empowerNCER, Nor Aziani Pisol.




"Mereka juga akan didedahkan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran produk dan perniagaan mereka selepas ini,"katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas program perasmian bengkel dan sesi penyerahan kit permulaan perniagaan kepada peserta Program empowerNCER Seberang Perai Utara (SPU).

Hadir merasmikan, Ketua Penolong Pegawai Daerah SPU,Wan Saiful Ikmal Wan Ibrahim.


Bengkel produk makanan, Pro A Excellent Enterprise itu dibuka oleh salah seorang peserta empowerNCER, Nor Aziani Pisol.

Pada majlis itu, seramai tujuh peserta empowerNCER Kursus Quick Win Makanan dan Pembungkusan Retort menerima kit permulaan perniagaan mereka.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.110862 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list