CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1503|Reply: 0

[Perak] 'Bidang akuakultur juga menjanjikan pulangan lumayan' - LKIM

[Copy link]
Post time 26-8-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Manjung: Generasi muda diseru terbabit dalam bidang perikanan akuakultur atau penternakan ikan sangkar bagi memastikan bekalan ikan dalam negara kekal mencukupi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil, berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyasarkan bidang akuakultur dapat menyumbang sejumlah 60 peratus daripada hasil ikan negara.

Justeru itu, katanya, golongan belia tidak seharusnya terikat dengan kaedah konservatif perikanan iaitu menangkap ikan di laut, sebaliknya memanfaatkan peluang melalui sasaran dan bantuan agensi kerajaan.

"Sebenarnya bidang akuakultur juga menjanjikan pulangan yang lumayan.

"Maka, LKIM akan berperanan memberikan segala bantuan sama ada sokongan modal, khidmat nasihat, panduan kepada pengusaha, memudahkan permohonan dan sebagainya supaya lebih ramai anak muda terbabit dalam sektor ini.

"Kita mahu bilangan pengusaha akuakultur dalam kalangan nelayan baharu dipertingkatkan dan saya yakin jika anak-anak muda nelayan mahu terbabit serta diberi peluang dalam bidang penternakan ikan sangkar ini, mereka akan ada peluang (menjana) pendapatan yang banyak sebenarnya," katanya kepada media pada Majlis Perasmian Jimat@Madani di Dewan Serbaguna LKIM Perak dekat sini, hari ini.

Mengulas mengenai kurangnya penyertaan golongan muda dalam bidang perikanan, Muhammad Faiz berkata, antara faktor penyebab kepada keadaan itu adalah pengeluaran lesen vesel dan peralatan menangkap ikan bagi sampan, Zon A, Zon B dan Zon C yang sudah dibekukan.

Katanya, ia menyebabkan nelayan muda yang tiada modal besar tidak berupaya memiliki lesen daripada Jabatan Perikanan seterusnya terhalang melakukan aktiviti menangkap ikan di laut.
Disiarkan pada: Ogos 25, 2023 @ 3:47pm


MUHAMMAD Faiz (tengah) menyampaikan bantuan kepada 50 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Manjung Selatan di Jeti Nelayan Kampung Pasir Pandak, Batu 8 Lekir. FOTO Muhamad Lokman Khairi

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... langan-lumayan-lkim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.062323 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list