CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2736|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] JIM tumpaskan sindiket penyeludupan manusia umpan kerja

[Copy link]
Post time 24-8-2023 05:19 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA individu dipercayai terbabit dengan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Op Dudley di sekitar Sarawak pada 19 hingga 22 Ogos lalu. FOTO Ihsan JIM

Kuala Lumpur: Helah sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang mengumpan mangsa dengan menjanjikan pekerjaan di atas kapal terbongkar dalam serbuan Op Dudley di sekitar Sarawak pada 19 hingga 22 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Ruslin Jusoh berkata, sindiket itu tumpas hasil operasi khas yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat JIM Putrajaya serta JIM Sarawak.

"Dalam operasi itu, lima ahli sindiket terdiri daripada ketua sindiket iaitu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dikenali sebagai 'Dudley' serta empat lelaki warga India berusia antara 25 hingga 40 tahun ditahan.

"Pasukan operasi juga berjaya menyelamatkan 12 lelaki warga India yang menjadi mangsa kepada sindiket terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM600, 75 pasport India, tujuh pasport Indonesia, tiga pasport Myanmar, empat komputer riba, sebuah Toyota Land Cruiser, sebuah Honda City dan sebuah Suzuki Vitara.

"Berdasarkan maklumat diterima, mangsa perlu membayar antara RM20,000 hingga RM25,000 seorang kepada sindiket untuk menguruskan kemasukannya ke Malaysia.

"Sindiket ini dipercayai aktif sejak Mei tahun lalu selepas pintu masuk sempadan negara dibuka semula.

"Modus operandi sindiket ini adalah menjanjikan pekerjaan di atas kapal kepada mangsa yang akan dibawa ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan mangsa mendapat penerbangan ke Miri dan Sibu, Sarawak," katanya.

Beliau berkata, dalang utama sindiket itu direman selama tujuh hari, manakala empat lelaki warga India ditahan di Depot Imigresen Semuja.

"Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Sementara itu, semua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di rumah perlindungan mangsa ATIPSOM," katanya.

Menurutnya, JIM akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang.

"Orang ramai juga digesa supaya terus menyalurkan sebarang maklumat yang dapat membantu jabatan ini dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... manusia-umpan-kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 1.074309 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list