|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/broga_1692852172.jpg)
ANGGOTA bomba membawa turun wanita yang cedera di pergelangan kaki kanan selepas dipercayai tergelincir ketika menuruni bukit di Bukit Broga, Semenyih, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Semenyih: Seorang wanita cedera di pergelangan kaki kanan selepas dipercayai tergelincir semasa menuruni bukit di Bukit Broga, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.53 pagi.
"Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kami dimaklumkan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun dipercayai tergelincir semasa menuruni bukit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa terseliuh di bahagian pergelangan kaki kanan.
"Mangsa kemudian dibawa turun oleh pihak bomba menggunakan pengusung.
"Wanita itu diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-turun-bukit-broga |
|