View: 1592|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Ibu bapa Sofea 'lesap' selepas pulang ke Indonesia
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-08-24_13-06-38_1692853690.jpg)
ZOLKEPLI bersama Sofea. FOTO Ihsan Pembaca
Putrajaya: Seorang pesara merayu ibu bapa kepada bayi perempuan berusia 13 bulan supaya mengambil semula anak mereka yang ditinggalkan bersamanya sejak dua minggu lalu.
Zolkepli Husein, 63, dari Kampung Melayu Rasa Tambahan, Rawang, berkata, ibu bapa kepada bayi dikenali sebagai Sofea menghilangkan diri selepas pulang ke Indonesia pada 5 Ogos lalu.
"Bapa kanak-kanak itu warga tempatan manakala ibunya warga Indonesia. Mereka pernah bekerja membersihkan kebun saya kerana memerlukan sumber kewangan.
"Pasangan ini memberi alasan mahu ke Indonesia untuk beberapa hari dan meninggalkan bayi mereka bersama saya, namun sehingga hari ini gagal dihubungi," katanya ketika dihubungi.
Zolkepli berkata, dia dan isteri, Nurul Asyikin Ali, 42, buntu memikirkan nasib bayi itu kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri.
"Ketika ditinggalkan, pasangan suami isteri itu tidak meninggalkan sebarang dokumen diri Sofea, saya bimbang pada masa datang berhadapan kesukaran sekiranya perlu membawa bayi itu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
"Saya sudah membuat laporan polis dan merujuk kes terbabit kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu untuk tindakan seterusnya," katanya.
Menurut Zolkepli, sekiranya tiada waris menuntut Sofea, dia bersedia menjadikan bayi itu sebagai anak angkat dan akan mendapatkan nasihat JKM berhubung perkara itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan waris kanak-kanak ini boleh menghubungi Zolkepli di talian 01158900510.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pulang-ke-indonesia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|