CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1389|Reply: 0

[Melaka] Urus rumah pelacuran, 'bapa ayam' didenda RM10,000, penjara sehari

[Copy link]
Post time 23-8-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode

LEE dipenjara sehari dan didenda RM10,000 atas kesalahan menguruskan rumah persundalan April lalu. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Lelaki warga emas didenda RM10,000 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menguruskan rumah pelacuran pada April lalu.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Lee Foo Seong, 60, dan mensabitkannya dengan pertuduhan serta menimbangkan rayuan, fakta kes dan hujah pendakwaan.

Lee disabitkan kesalahan menolong dan menguruskan rumah persundalan di sebuah premis dekat sini, 10 malam, pada 5 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 373(1)(a) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari bermula tarikh sabitan hari ini serta denda RM10,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar.

Terdahulu, peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh merayu supaya tertuduh dikenakan denda dan penjara paling ringan atas alasan anak guamnya benar-benar insaf dan tidak lagi mengulangi kesalahan selepas ditangkap.

Katanya, tertuduh kini berkerja dalam bidang perkemasan (housekeeping) di hotel milik abangnya dengan pendapatan RM1,500 sebulan serta menanggung isteri dan tiga anak.

"Tertuduh juga menghidap penyakit kulit serius dan bergantung kepada ubat-ubatan selain didiagnos mempunyai ketumbuhan di tulang rusuk dan kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Melaka.

"Difahamkan ini kesalahan pertamanya, justeru pembelaan merayu tertuduh diberikan hukuman ringan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan kepada tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 0000-penjara-sehari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.043801 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list