CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1228|Reply: 0

[Selangor] Aksi wanita menari separuh bogel cemari Bukit Bintang

[Copy link]
Post time 23-8-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar aksi wanita menari separuh bogel di Bukit Bintang, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Aksi sekumpulan wanita menari separuh bogel dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur mencetuskan kekecohan di media sosial.

Menerusi perkongsian klip video di TikTok menunjukkan beberapa wanita dengan pakaian menjolok mata menari diiringi lagu di hadapan kedai ‘Buy & Save’.

Trend menari yang dipanggil sebagai ‘ki dance re vhai’ itu merupakan antara persembahan sempena sebuah acara yang berlangsung di kawasan berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai mempersoalkan bagaimana acara tersebut diberi kelulusan untuk diadakan terutama di tempat awam.

“Apa nak jadi dengan Malaysia, dulu benda-benda macam ini tersembunyi, sekarang di tempat awam,” kata Misahatan.

“Ini masalah agensi yang yang luluskan permit acara ini, bagaimana boleh luluskan?” soal seorang pengguna.

“Jangan sampai bala menimpa negara, mohon pihak berkuasa dan Menteri Pelancongan ambil tindakan,” ujar Man. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... mari-bukit-bintang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.044374 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list