CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2523|Reply: 0

[Melaka] Bebas berjalan di Banda Hilir setiap Sabtu

[Copy link]
Post time 22-8-2023 05:24 PM | Show all posts |Read mode

SUASANA tenang tanpa kelibat kenderaan membolehkan pelancong bebas berjalan di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP




MELAKA: Para pelancong di sekitar Banda Hilir di sini meluahkan rasa teruja apabila mereka bebas berjalan tanpa gangguan daripada kenderaan yang lalu lalang di hadapan Bangunan Stadthuys, selepas laluan itu ditutup selama enam jam pada Sabtu lalu.

Mereka menyifatkan keputusan kerajaan negeri menutup laluan dari persimpangan lampu isyarat Jalan Bendahara berdekatan Little India hingga ke Menara Taming Sari, dari pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam sebagai keputusan tepat.

Pelancong dari Kuala Lumpur, Mohd. Fuad On, 44, berkata, idea zon bebas kenderaan adalah wajar memandangkan Melaka merupakan sebuah negeri yang mengutamakan pelancongan.

“Sepatutnya ia telah dilakukan lama dengan mencontohi beberapa negara luar yang menjadikan kawasan tumpuan pelancong bebas kenderaan bagi membolehkan mereka bebas bergerak tanpa risaukan keselamatan.

“Kawasan bangunan merah ini banyak tempat tumpuan pelancong seperti Jonker Walk, Bangunan Stadthuys dan kita lihat orang ramai seronok bebas berjalan tanpa risau kenderaan lalu lalang, tidak seperti sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, reaksi positif diberikan oleh peniaga-peniaga sekitar Banda Hilir ekoran pelaksanaan percubaan pertama penutupan jalan, Sabtu lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kalangan peniaga menyambut baik pelaksanaan zon bebas kenderaan selepas mendapati mereka mampu menjalankan perniagaan hingga larut malam.

Dalam pada itu, seorang lagi pelancong, Muhammad Hafiz Jamil, 27, berkata, walaupun terpaksa meletakkan kenderaan lebih jauh, namun dia berpuas hati dapat berjalan di Banda Hilir.

“Saya rasa meriah kerana orang ramai boleh berjalan di tengah jalan, kalau tak sebelum ini bila kita hendak berjalan agak susah, sebab banyak kereta lalu lalang. Bila sudah tutup macam ini rasa mudah hendak ke sana sini,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... hilir-setiap-sabtu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.080647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list