View: 3834|Reply: 8
|
Isteri Geram Suami Tak ‘Bermanja’ Lepas Ketagih Main Monopolygo
[Copy link]
|
|
Seorang wanita meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap sikap suaminya yang ketagih dengan permainan MonopolyGo di telefon pintar sehingga mengabaikan masa bersamanya.
Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian di Twitter @brgsjks yang memuat naik luahan wanita tersebut.
Menurut wanita itu, ketagihan suaminya itu yang berusia 30 tahun masih berlanjutan meskipun sudah ditegur beberapa kali sebelum ini.
“Suami saya tengah ‘gian gila’ main MonopolyGo. Siap buat akaun beberapa akaun Facebook semata-mata nak dapatkan ‘dice rolls’ (balingan dadu).
“Bengang tahu tak sampai buat aktiviti sama-sama pun dia tak fokus sebab sebelah tangan sibuk main ‘game’. Kadang-kadang tengah syok bercerita, tiba-tiba marah sebab ada orang hancurkan bangunan dia.
“Sampaikan malam nak tidur pun dah tak ‘cuddle’ (bermanja) sebab dua-dua tangan sibuk pegang telefon,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
Sehubungan itu, wanita berkenaan meminta pandangan orang ramai mengenai apa yang harus dilakukan bagi menangani masalah terbabit.
“Dah tegur baik-baik, marah, perli sebab tak suka dia main lebih-lebih sangat. Semua tak jalan. Tolong bagi pandangan,” ujarnya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata ramai memberikan pelbagai nasihat yang boleh digunakan oleh wanita terbabit.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ok le tu main monoply dari main pompuan lain. Mana ko nak haa pompuan? ekekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Susah kalau dah ketagih macam ni..
Kalau budak lagi solution dia jangan bagi main fon..mungkin boleh guna untuk suami jugak
Bagi pakai fon ala nokia tekan tekan tu je |
|
|
|
|
|
|
|
Topik ini sangat baru, terima kasih skibidi toilet kerana berkongsi. Saya telah mempelajari lebih lanjut mengenainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham lah lelaki yang ketagih game ni, lagi-lagi yang dah kahwin. |
|
|
|
|
|
|
|
ajak laki main poligami go pulak..ewahh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|