CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1125|Reply: 0

Wolves kesal keputusan VAR, Ten Hag puji United

[Copy link]
Post time 15-8-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Ketua jurulatih Wolves, Gary O'Neil (kiri) berkata sesuatu kepada pengurus Manchester United, Erik ten Hag pada aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi. – Foto AFP

MANCHESTER, England: Wolverhampton Wanderers berasa terkilan rayuan penalti lewat mereka ditolak ketika kalah 1-0 di Manchester United awal pagi tadi, tetapi pengurus baharu Gary O'Neil percaya banyak perkara positif dalam perlawanan yang didominasi pasukannya.

Raphael Varane menjaringkan gol tunggal pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tetapi Wolves percaya mereka sepatutnya menerima sepakan penalti pada masa kecederaan, yang mana O'Neil menegaskan ia menyerlahkan kekeliruan bagaimana video bantuan pengadil (VAR) dipraktikkan.

Penjaga gol United, Andre Onana, yang membuat penampilan sulung kompetitif buat kelab itu, mengasari pemain gantian Wolves, Sasa Kalajdzic ketika dia cuba menumbuk keluar satu hantaran silang dan menyebabkan penyerang itu terjatuh.

Pengadil Simon Hooper tidak melihat sebarang kesalahan dan selepas merujuk kepada VAR untuk hanya mencelah bagi memastikan keadaan itu, tiada usaha untuk melihat insiden itu semula.



"Penjaga gol hadir dan menumbuk kepala penyerang kami," kata O'Neil kepada Sky Sports. "Ia satu kekasaran, memang pasti. Tetapi saya tidaklah begitu terkejut kami tidak mendapatnya secara jujur.



Penyerang Wolves, Sasa Kalajdzic menerangkan insiden dia ditumbuk Andre Onana kepada pegawai perlawanan selepas aksi di Old Trafford berakhir awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Saya faham dengan peraturan (untuk kekal dengan keputusan di tengah padang sebaik mungkin), tetapi saya tidak bersetuju sepenuhnya."

Tidak menghairankan pengurus United, Erik ten Hag mempunyai idea berbeza mengenai insiden itu, sekalipun beliau mengakui pasukannya diberi tentangan sengit pada aksi pembukaan EPL.

"Ia sukar. Andre amat berani untuk keluar dan bola itu disentuh sebelum dia masuk jadi saya tidak fikir dia mempengaruhi sentuhan daripada lawan. Anda boleh mempertikaikannya, tapi saya fikir ia bukannya penalti," katanya.

"Lawan amat dinamik. Kami perlu menanganinya. Kami terpaksa berjuang untuk meraih mata. Mereka satu pasukan yang kuat. Kami harap kami mampu bertindak lebih baik pada perlawanan berikutnya."

Wolves menghasilkan 23 percubaan, kedua terbanyak menentang United di Old Trafford sejak data dikumpul 20 tahun lalu, yang mana O'Neil berkata ia membuktikan keyakinan pasukannya untuk menyerang.

"Akhirnya kami tidak boleh hanya menumpukan kepada keputusan itu (penalti). Untuk hadir ke Old Trafford dan mempunyai paling banyak percubaan berbanding pasukan lain sejak 2005 dan menguasai selepas hanya empat hari berlatih amat luar biasa. Pemain berhak mendapat keputusan lebih baik malam ini." – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ten-hag-puji-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 1.083998 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list