View: 1138|Reply: 0
|
Lavia tolak Liverpool, sedia ke Chelsea
[Copy link]
|
|
Pemain remaja Southampton dari Belgium, Romeo Lavia yang menjadi perebutan antara Liverpool dan Chelsea. – Foto fail AFP
LONDON: Liverpool mungkin kehilangan seorang lagi pemain tengah sasaran utama mereka apabila pemain remaja Southampton, Romeo Lavia dijangka menyertai Moises Caicedo ke Chelsea.
Pasukan Jurgen Klopp kecewa minggu lalu selepas Caicedo memutuskan untuk memilih Chelsea di sebalik Liverpool bersetuju dengan yuran perpindahan £111 juta (RM652 juta) bersama Brighton.
Kini pemain muda Belgium, Lavia kemungkinan besar mengikut jejak itu dan memilih Chelsea bukannya Liverpool.
Tiga tawaran The Reds ditolak terhadap pemain berusia 19 tahun itu, dengan cubaan terbaharu £45 juta (RM264 juta) kurang £5 juta (RM29 juta) daripada harga yang diminta Southampton.
Kelab itu enggan membayar £50 juta (RM293 juta) terhadap pemain yang hanya berpengalaman setahun di liga utama.
Lavia bersetuju dengan terma peribadi bersama Chelsea untuk berpindah semalam, dengan harga £50 juta tidak termasuk tambahan lain dijangka dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang.
The Reds berasa dipermainkan oleh Caicedo, yang mungkin menggunakan minat Liverpool untuk memaksa Chelsea memenuhi yuran perpindahan dikehendaki.
Ia menyebabkan Liverpool terdesak untuk mendapatkan khidmat pemain tengah bertahan selepas Jordan Henderson dan Fabinho meninggalkan kelab pada musim panas kali ini.
Bintang Fulham, Joao Palhinha menarik minat di Anfield, tetapi harga diminta £60 juta (RM352 juta) mungkin menyukarkan pemain berusia 28 tahun itu untuk berpindah.
Kelab itu turut mengintai pemain tengah Fluminense, Andre dua minggu lalu, Cheick Doucoure di Crystal Palace, pemain Nice, Khephren Thuram, pemain Manchester City, Kalvin Phillips dan Sofyan Amrabat dari Fiorentina. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ol-sedia-ke-chelsea |
|
|
|
|
|
|
| |
|