View: 1665|Reply: 0
|
Solari belum fikir angkat piala
[Copy link]
|
|
BERGSON (kiri) bersama Heberty meraikan jaringan gol ketika bertemu JDT. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari masih bersikap merendah diri dan enggan memikirkan kejuaraan Liga buat kali ke-10 berturut-turut selepas membelasah Perak FC dalam aksi saingan liga di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Beliau berkata, walaupun kemenangan yang dikecapi pada aksi menentang Perak FC dan sebelum itu menang ke atas Sabah FC 5-1 tapi ada perlawanan yang mungkin menjadi penghalang utama untuk mengecapi kejayaan menjulang trofi liga buat kali ke-10.
"Kami enggan tergesa-gesa memburu kejuaraan liga, trofi itu memang semakin hampir dimenangi tapi kami harus mengharungi aksi yang mencabar malah bukan mudah untuk jaring lima gol pada dua aksi yang kami tempuhi.
"Malam ini (malam tadi) kami melakukan 25 percubaan ke pintu gol manakala Perak hanya satu percubaan sahaja dan itu membuktikan kesungguhan setiap pemain yang beraksi dahagakan kemenangan malah kami tidak pernah memperlekehkan mana-mana pasukan tapi menghormati mereka yang kami anggap setiap aksi adalah `final'.
"Ya..kami sudah menghampiri untuk muncul juara tapi ia bukan tugas mudah apabila menang 20 perlawanan berturut-turur dan semuanya hasil kerja keras setiap pemain yang sentiasa mempraktikkan permainan ofensif dan kerap agresif apabila beraksi dalam perlawanan," katanya.
Pengendali kelahiran Argentina itu menaruh harapan kejuaraan liga mampu diraih pada aksi menentang Kedah Darul Aman FC di gelanggang lawan pada 23 Ogos ini dan optimis pemain akan beri persembahan yang lebih mantap pada aksi itu nanti.
Pada perlawanan itu, Heberty Fernandes membuka akaun jaringan pada minit ke-21, disusuli gol Matthew Davies pada minit ke-27 manakal Bergson Da Silva mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-33 dan ianya tidak terhenti sebaliknya Oscar Arribas turut menyumbang gol pada minit ke-55 dan Juan Muniz melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 pada minit ke-66.
Ditanya mengenai kualiti dipamerkan Fernandes yang tidak mengambil masa panjang untuk menyesuaikan diri bersama skuad Harimau Selatan, Solari menegaskan pemilihan pemain import dari Brazil itu untuk bersama pasukan itu adalah pilihan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"TMJ yang pilih Heberty malah Baginda sudah mengikuti pemain itu ketika beraksi di Thailand dab Baginda juga memaklumkan kepada saya bahawa pemain ini harus berada dalam pasukan JDT dan saya pecaya apa yang dikatakan oleh Baginda.
"Dan ia terbukti malah sikap profesional Heberty ketika latihan dan di dalam perlawanan amat disenangi malah dia membentuk persefahaman mantap bersama rakan sepasukan dan ia penting bagi membentuk kombinasi yang lebih jitu," kata Solari.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -fikir-angkat-piala |
|
|
|
|
|
|
| |
|