CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1214|Reply: 0

'Kami sangat dominan' - Arteta

[Copy link]
Post time 13-8-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode

SAKA meraikan jaringannya. FOTO AFP

London: Arsenal memulakan untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Nottingham Forest 2-1, semalam, manakala Alexander Isak menjaringkan dua gol ketika Newcastle membelasah Aston Villa 5-1.

Selepas menduduki tempat kedua di belakang Manchester City musim lalu, Arsenal membelanjakan lebih £200 juta (RM1.16 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu dalam usaha meraih gelaran liga kali pertama selepas 20 tahun.

Declan Rice, Kai Havertz dan Jurrien Timber membuat penampilan sulung mereka di Emirates dan Arsenal sepatutnya meraih keputusan yang jauh lebih meyakinkan jika melihat kepada prestasi semasa mereka.

Eddie Nketiah membuka jaringan minit ke-26 selepas Gabriel Martinelli memperdaya pertahanan Forest sebelum sepakan lencong Bukayo Saka berjaya menambah gol kedua untuk Arsenal minit ke-32.

Forest sering menerima ancaman namun ia berubah selepas Anthony Elanga dan Taiwo Awoniyi dimasukkan.

Bekas pemain sayap Manchester United, Elanga menjadi artikek kepada gol Awoniyi lapan minit sebelum tamat permainan.

"Kami sangat dominan dan sememangnya layak memenangi perlawanan itu. Kami harus lebih garang dan segera membunuh permainan," kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Kemenangan memastikan Arsenal tidak ketinggalan berbanding City, yang memulakan usaha mempertahankan gelaran mereka dengan kemenangan 3-0 di Burnley.

Newcastle yang menduduki tempat keempat musim lalu untuk layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, memulakan kempen baharu mereka dengan aksi meyakinkan.

Pemain antarabangsa Itali, Sandro Tonali menikmati penampilan sulung apabila dia meletakkan Magpies di hadapan selepas hanya enam minit permainan.

Villa pantas menyamakan kedudukan menerusi salah seorang pemain baru mereka, Moussa Diaby.

Tetapi anak buah Unai Emery, yang juga menamatkan musim lalu dengan prestasi meyakinkan untuk layak beraksi di pentas Eropah, ketinggalan selepas Isak kembali meletakkan Newcastle di hadapan menerusi gol minit ke-16 dan 58.

Harvey Barnes kemudian masuk dari bangku simpanan sebelum membantu Callum Wilson menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan semasa 4-1 dan dia sendiri menyumbang gol kelima pada masa kecederaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngat-dominan-arteta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.365608 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list