CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 0

Ten Hag anggap beli Hojlund lebih berbaloi

[Copy link]
Post time 12-8-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 12-8-2023 02:28 PM



MANCHESTER: Erik ten Hag menegaskan, Manchester United berpuas hati dengan keputusan mereka menandatangani penyerang Rasmus Hojlund pada musim panas ini selepas gagal mendapatkan peledak Tottenham, Harry Kane.

United membatalkan hasrat mereka menandatangani Kane, yang dalam proses melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich, selepas pengerusi Spurs, Daniel Levy meletakkan harga 100 juta pound (RM578.27 juta) untuk kapten England berkenaan.

Namun Ten Hag merasakan pembelian Hojlund pada harga 72 juta pound (RM416.35 juta) dari kelab Itali, Atalanta lebih berbaloi.

"Kami memilih penyerang yang diperlukan dan kami amat gembira dengan pilihan kami. Dia penyerang yang hebat, pencipta gol dan mempunyai kualiti yang diperlukan oleh seorang penyerang.



"Kami gembira dengan skuad yang ada sekarang," kata Ten Hag.


Hojlund bagaimanapun mungkin tidak dapat beraksi dalam masa terdekat kerana pemeriksaan kesihatan mendapati pemain Denmark itu mempunyai kecederaan belakang. Ia juga akan memberi impak terhadap kemampuannya untuk beraksi dalam dua perlawanan seminggu.

"Dia mempunyai sedikit isu dan tidak berada pada tahap seperti pemain-pemain lain ketika ini. Jadi dia masih memerlukan latihan dan sukar untuk menyatakan keadaannya. Namun kami yakin dan berfikiran positif," tambah pengendali dari Belanda itu. - AGENSI


Rasmus Hojlund dibeli pada harga 72 juta pound (RM416.35 juta) dari kelab Itali, Atalanta. - Foto AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... lund-lebih-berbaloi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.799377 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list