CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2898|Reply: 0

Chelsea minat Caicedo, adakah Liverpool akan melopong

[Copy link]
Post time 12-8-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode

CAICEDO menyerlah bersama Brighton. FOTO Agensi

London: Liverpool mungkin terpaksa bersaing dengan Chelsea terelbih dahulu sebelum boleh membawa masuk pemain dalam 'buruan' Moises Caicedo yang menjadi rebutan kedua-dua kelab terbabit.

Difahamkan, Caicedo yang kini beraksi untuk Brighton masih lagi memikirkan tentang masa depannya dengan Chelsea dikaitkan berminat membida pemain tengah bertahan itu.

Sebelum ini, Liverpool menerusi pengurusnya iaitu Juergen Klopp dilaporkan semakin hampir mengikat tonggak kebangsaan Ecuador itu dengan nilai perpindahan 111 juta pound (RM647 juta) sekali gus menjadikannya pemain termahal ditandatangani oleh kelab Britain.

Nilai berkenaan akan mengatasi rekod 107 juta pound (RM624 juta) yang dibayar Chelsea untuk pemain tengah Benfica, Enzo Fernandez awal tahun ini.

Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi mengakui hampir terlupa mengenai Caicedo yang sebelum ini bakal ke Liverpool namun dikaitkan pula dengan Chelsea.

"Saya sudah melupakan Caicedo. Saya sangat berbangga dengan pemain yang kami ada dalam skuad," katanya.

"Kami perlu melengkapkan pasukan dan perbaiki kerana kami kehilangan ramai pemain berbakat seperti Mac Allister, Levi Colwill dan selepas ini mungkin kami kehilangan Caicedo.

"Kami perlu bersedia kerana apabila pemain pergi ia adalah kerana mereka bermain dengan baik tetapi kredit adalah untuk kelab, untuk pemain, untuk kami dan jurulatih," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rpool-akan-melopong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.166862 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list