CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2760|Reply: 0

[Pulau Pinang] Teruja jumpa PM, isteri di pusat pengundian

[Copy link]
Post time 12-8-2023 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Teruja jumpa PM, isteri di pusat pengundian



Muhammad Yusri Muzamir - Ogos 12, 2023 @ 11:32a
m [email protected]



Datuk Seri Anwar Ibrahim melayan pengundi yang hadir di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, Permatang Pauh. - Foto FB ANWAR IBRAHIM




PERMATANG PAUH: Pengundi yang hadir ke pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, di sini, teruja dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rata-rata mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Perdana Menteri yang hadir ke pusat berkenaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengudni bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Sejurus selesai mengundi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Presiden PKR itu meluangkan masa menyantuni pengundi, malah turut terserempak beberapa kenalan lama yang melaksanakan tanggungjawab mereka di situ.

Kerusi DUN Permatang Pasir menyaksikan persaingan dua penjuru di antara penyandang dari Parti Amanah Negara (AMANAH), Muhammad Faiz Fadzil dan Amir Hamzah Abdul Hashim yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pengundi, Salmiah Ibrahim, 54, mengakui ini kali pertama dia dapat melihat Anwar dan Wan Azizah secara dekat.

"Saya rasa cukup teruja, memang tak sangka tiba di pusat pengundian sama waktu dengan Perdana Menteri dan isteri. Memang seronoklah," katanya.

Ketibaan Anwar dan Wan Azizah di sekolah itu pada jam 9.33 pagi disambut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin serta Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San.

Sementara itu, Jamilah Saaud, 60, menjadi pengundi pertama tiba di pusat pengundian berkenaan, pada jam 7.28 pagi dengan motosikal.

Suri rumah itu dan pasangannya yang menetap di Sungai Dua, Tasek Gelugor, mereka keluar awal bagi mengelak beratur lama untuk mengundi.

"Kami bersiap selepas selesai solat subuh dan disebabkan pusat pengundian kami berbeza, suami hantar saya dahulu. Keluar awal mudah sebab cuaca belum panas dan orang pun belum ramai," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.039286 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list