CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2010|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 12-8-2023 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI12 Ogos 2023 10:16am





Kon Yeow menunjukkan jari telunjuknya ketika membuang undi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hu Yew Seah di Lorong Madras pada pagi Sabtu.




GEORGETOWN - Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun PH yakin akan memenangi 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, perkara itu tidak akan dilaksanakan.

"Saya tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan PH-BN menang di Pulau Pinang.

"Walaupun kita yakin akan memenangi 30 daripada 40 kerusi pada kali ini untuk membentuk kerajaan, pemberian cuti tidak akan diberikan," katanya ketika ditemui selepas melawat beberapa pusat mengundi di sekitar bandar ini pada Sabtu.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk tidak mengisytiharkan cuti khas pada hari pengundian PRN kerana pilihan raya itu berlangsung pada Sabtu yang merupakan hari cuti bagi ramai pekerja.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga calon bagi kerusi Padang Kota turut menyatakan kelegaannya apabila tempoh berkempen bagi PRN telah selesai pada malam Jumaat.

"Saya bersyukur kerana kempen PRN telah disempurnakan pada malam tadi, ia dijalankan secara lancar tanpa berlaku sebarang insiden yang dilaporkan. Ini menunjukkan, semua calon dan parti yang bertanding termasuk jentera serta orang awam telah mengamalkan semangat yang baik bagi memastikan kempen berlangsung dengan aman, harmoni.

"Oleh itu, kita menyerahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan. Saya juga berharap agar semua pusat mengundi serta petugas menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memudahkan pengundi menunaikan kewajipan sebagai pengundi," katanya.

Difahamkan, Kon Yeow akan membuat tinjauan di 10 pusat mengundi sekitar bandar ini sebelum berkumpul di Hotel St Giles pada jam 8 malam untuk menunggu keputusan PRN.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.540229 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list