CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6396|Reply: 0

[Pulau Pinang] PM terima kunjungan Menteri Luar China di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-8-2023 06:14 PM | Show all posts |Read mode
PM terima kunjungan Menteri Luar China di Pulau Pinang


BERNAMA



Anwar Ibrahim (kiri) berbual dengan Wang Yi ketika menerima Kunjungan Hormat daripada Menteri Luar China tersebut di sebuah hotel hari ini. FOTO BERNAMA



Georgetown: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar China Wang Yi yang mengadakan lawatan ke Malaysia dalam usaha meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala.

Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam kunjungan itu mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar yang berlangsung selama 25 minit dari 3.17 petang di Hotel Eastern and Oriental, di sini.

Anwar dan Wang kemudiannya turut mengadakan mesyuarat bersama Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang; dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Pertemuan itu menandakan kepentingan hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, yang menyaksikan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$110.6 bilion (RM488 bilion) pada 2022.

Dari segi pelaburan, China merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia pada tahun lalu dengan pelaburan berjumlah AS$12.5 bilion (RM55.16 bilion).

Jumlah eksport ke China meningkat 9.4 peratus kepada RM210.62 bilion (AS$47.84 bilion) pada 2022, manakala import dari China menyaksikan peningkatan 20.7 peratus kepada RM276.50 bilion (AS$62.78 bilion) pada tahun yang sama.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun depan, menandakan persahabatan yang lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor.



Disiarkan pada: Ogos 11, 2023 @ 6:02pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.185856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list