CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM bakal muktamadkan dasar wajib pendidikan sekolah menengah

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode
KPM bakal muktamadkan dasar wajib pendidikan sekolah menengah

10 Ogos 2023 12:30am





Fadhlina Sidek - Foto: Bernama




BUKIT MERTAJAM - Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam proses memuktamadkan dasar mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah dalam usaha mengekang masalah keciciran pelajar di negara ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keciciran pelajar tidak akan berlaku jika anak-anak diwajibkan belajar hingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia apabila wujudnya dasar baharu itu.

Beliau juga memaklumkan negara berdepan masalah enrolmen di peringkat prasekolah dan sekolah menengah tetapi bukan bagi sekolah rendah.

"Enrolmen sekolah rendah kita tiada masalah, 99 peratus, kita mencapai sasaran sejagat sebab kita ada dasar pendidikan wajib untuk sekolah rendah,” katanya ketika menjadi tetamu program ‘Wanita Question Time’ malam Rabu yang turut menampilkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Fadhlina berkata, bagi menyelesaikan masalah enrolmen di peringkat prasekolah, KPM kini memperluas bilangannya dengan menambah 118 lagi prasekolah baharu tahun ini.

Beliau berkata, ia sebagai langkah intervensi awal bagi menghalang keciciran murid di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

"Saya sangat bahagia melihat prasekolah dua sesi, ini menunjukkan prasekolah kita mendapat sambutan jauh lebih baik... sebab itu, kita kena dukung pendidikan awal supaya prasekolah berada di sekolah rendah,” katanya.

Fadhlina juga berkata, dalam usaha kerajaan memastikan tiada keciciran murid termasuk golongan berkeperluan pendidikan khas, intervensi awal penting kerana ia membantu mengenal pasti keperluan mereka dari umur empat hingga enam tahun lagi.


Katanya, kualiti pendidikan di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain di Asia Tenggara kerana semua guru diwajibkan memiliki diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar di prasekolah. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040005 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list