Georgetown: Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesan ahli keluarga atau waris lelaki yang meninggal dunia di hospital itu pada 7 Ogos lalu.
Timbalan Pengarah Perubatan HPP Dr Wong Khar Ming berkata, si mati dikenali sebagai Ahmad Ibrahim, 77, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru atau pneumonia.
Katanya, alamat terakhir si mati ialah di Pangsapuri Harmony, Jalan Kennedy, di sini.
"Lelaki warga emas itu meninggal dunia pada 12.56 tengahari Isnin lalu dan jenazahnya ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HPP kerana tidak dituntut oleh ahli keluarga," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Jabatan Forensik HPP di talian 04-222 5098 bagi urusan pengebumian.