CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2355|Reply: 1

[Pulau Pinang] Penganggur mengaku salah hempas, humban anak saudara

[Copy link]
Post time 9-8-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-8-2023 12:39 PM

Penganggur mengaku salah hempas, humban anak saudara

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  09 Ogos 2023   11:33am





Tertuduh yang memakai pakaian hospital dan berbalut tangan dibawa ke mahkamah pada Rabu.




GEORGETOWN - Seorang penganggur mengaku bersalah atas dua pertuduhan cubaan membunuh terhadap seorang bayi dan kanak-kanak perempuan di Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Rabu.

Tertuduh Mohammad Azmin Hamanullah, 28, yang memakai pakaian hospital dalam keadaan berbalut tangan kirinya membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang bayi perempuan berusia 44 hari.

Sementara pertuduhan kedua, didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar.

Mazdi kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Prosedur Jenayah.

Mazdi juga tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Kes ditangguhkan sehingga 11 September sementara menunggu laporan perubatan mental.


Mohammad Azmin didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah rumah di flat yang terletak di Jalan Makloom pada jam 3 petang, 2 Ogos lalu.

Oleh itu, bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, namun jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, maka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang bayi mengalami pendarahan otak selepas dihempas ke lantai oleh bapa saudaranya.

Sementara itu, kakak mangsa yang berusia tiga tahun mengalami patah kaki kiri dan pecah bibir kerana dihumban dari tingkat satu kediaman mereka oleh suspek sama.

Ketika kejadian, suspek tinggal bersama adik perempuan berusia 20-an, ibu (60-an) serta kakaknya yang sedang dalam berpantang selepas melahirkan.

Suspek terlebih dahulu telah mengelar pergelangan tangan kirinya sebelum mencederakan kedua-dua mangsa.

Ketika suspek berada dalam keadaan berlumuran darah, dia berkata 'bunuh saya' kepada kakaknya (ibu kepada kedua-dua mangsa) sebelum menghempas bayi ke atas lantai serta mencampak kanak-kanak tersebut ke bawah flat.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 01:03 PM | Show all posts
Terkait pengakuan penganggur yang mengaku bersalah terhadap tindakan hempasan dan perlakuan kasar terhadap anak saudara, ini adalah situasi yang memerlukan perhatian serius. Penting untuk menghormati kepentingan dan keamanan semua individu yang terlibat.

Perlakuan yang merugikan terhadap anak saudara sangatlah serius, dan kesadaran akan dampak emosional dan fisik pada mereka penting. Langkah-langkah harus diambil untuk memastikan bahwa mereka mendapatkan perlindungan dan dukungan yang mereka butuhkan.

Apabila penganggur tersebut mengakui kesalahan dan merasa menyesal, langkah pertama yang bisa diambil adalah mengakui tanggung jawab atas tindakan tersebut dan menunjukkan komitmen untuk memperbaiki perilaku di masa depan. Upaya untuk meminta maaf dan mengembalikan rasa aman dan kenyamanan bagi anak saudara adalah langkah yang diperlukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.827441 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list