CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 0

TFC mudah belasah Kelantan United

[Copy link]
Post time 9-8-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

SONY Norde (kanan) cuba melepasi kawalan pemain KUFC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Kem Terengganu FC (TFC) terus ceria apabila menjadikan Kelantan United Football Club (KUFC) mangsa terbaru hasil kemenangan 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Namun, situasi cemas melanda pelawat pada minit keempat apabila Muhammad Safwan Mazlan melorong bola ke gawang sendiri, namun penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin pantas menendang keluar bola.

Seminit kemudian, KUFC menguji gawang lawan menerusi libasan separuh badan Deok Kim, namun tersasar.

Anak buah Tomislav Steinbruckner akhirnya mendahului menerusi sepakan penalti disempurnakan Ivan Mamut minit ke-28 apabila bola terkena tangan Muhamad Hafiy Haikal Ismail.

Keputusan 1-0 kekal sehingga babak pertama berakhir, namun TFC terus menggandakan asakan apabila memasuki babak kedua.

Sony Norde kemudian menggandakan gol pelawat pada minit ke-72, sekali gus menjadikan kedudukan 2-0.

Pemain gantian, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim membuat lencongan cantik menewaskan Mohd Shahril Saari untuk gol ketiga TFC pada minit ke-83.

Bagaimanapun, pemain import, Ismaheel Akinade membuat rembatan jarak dekat untuk gol tunggal KUFC pada minit ke-86.

Namun, di minit akhir masa tambahan, Mohd Hakimi Abdullah melengkapkan kemenangan bergaya TFC dengan gol keempat, sekali gus menjadikan kedudukan 4-1.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sah-kelantan-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.319140 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list