CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1580|Reply: 0

[Selangor] Isteri Syahmi Sazli mohon maaf bersuara isu air, reda bisnes diboikot

[Copy link]
Post time 6-8-2023 01:43 PM | Show all posts |Read mode

Nissa memohon maaf secara terbuka di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Isteri kepada pempengaruh dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul memohon maaf secara terbuka menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berhubung luahannya mengenai isu bekalan air di Kelantan pada kelmarin.

Anissa atau lebih dikenali sebagai Nissa reda sekiranya ada pihak di luar sana bertindak memboikot perniagaannya dan suami ekoran teguran terbuka yang dibuatnya sebagai rakyat negeri itu.

“Nissa minta maaf tentang isu Nissa bersuara haritu (kelmarin) menyebabkan ada pihak kurang senang.

“Yang mana komen nak boikot bisnes Nissa dan Syahmi, Nissa reda sahaja. Setiap pilihan yang dibuat pasti ada risikonya,” luahnya.

Tambah Nissa, dia juga berterima kasih kepada mereka yang masih setia menyokong dirinya dan suami serta memberikan kata-kata semangat untuk tidak lemah dengan kecaman netizen.

“Bagi yang beri kata semangat dan terus support (sokong) Nissa dan Syahmi, Nissa ucapkan terima kasih banyak-banyak. Semoga urusan korang (anda) semua dipermudahkan,” balasnya.

Terdahulu, Anissa dalam hantaran Facebooknya meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila masalah air di Kelantan masih tidak diselesaikan meskipun sudah lebih 30 tahun pihak terlibat memerintah pentadbiran negeri.

Luahnya, air merupakan keperluan penting buat semua orang bagi melakukan sebarang aktiviti harian terutama mengambil wuduk untuk mengerjakan solat.

Bagaimanapun, semalam Syahmi mempersoal semula reaksi netizen yang ‘menyerang’ isterinya selepas wanita itu berkongsi keluhan mengenai masalah air yang tidak berkesudahan.

Katanya, sekiranya tindakan mereka menyentuh isu tersebut dianggap satu kesalahan, maka tidak akan berlaku perubahan di kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... da-bisnes-diboikot/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035719 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list