View: 1914|Reply: 0
|
Damok tekad buru mata di GP British
[Copy link]
|
|
DAMOK rehat panjang akibat kecederaan dialami Jun lalu.
Kuala Lumpur: Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman mengesahkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dialaminya sekali gus bersemangat untuk memburu mata pada perlumbaan Grand Prix (GP) British, minggu ini.
Pelumba MT Helmets-MSI itu sebelum ini terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan retak tulang rusuk ketika sesi latihan bebas GP Itali, Jun lalu yang menyaksikannya terlepas beraksi di Jerman dan Belanda.
"Saya teruja dan gembira untuk kembali beraksi selepas cuti musim panas. Saya membuat fisioterapi untuk memastikan 100 peratus pulih daripada kecederaan di tulang rusuk.
"Saya juga sudah membuat persiapan di Malaysia dari segi kecergasan, fizikal, dan mental terutama sekali di atas jentera. Sekarang saya lebih yakin untuk mulakan perlumbaan di GP British.
"Litar Silverstone adalah litar baharu untuk saya di mana saya akan meraih pengalaman baharu. Saya akan berusaha sehabis baik untuk mendapatkan keputusan paling terbaik," katanya yang lebih mesra disapa Damok.
Jelas Damok, kehadiran cahaya mata pertama bulan lalu juga melonjakkan semangatnya untuk terus konsisten meraih keputusan terbaik dalam setiap baki perlumbaan selepas ini.
"Saya harap dengan kehadiran cahaya mata pertama ini membuatkan saya lebih berusaha mendapatkan mata lebih banyak selain terus fokus kepada karier," katanya.
Selepas lapan pusingan, Damok sudah mengumpul lima mata untuk berada di kedudukan kelima daripada enam pelumba muka baharu dalam senarai klasifikasi 'rookie of the year' manakala David Alonso dari Colombia mendahului carta dengan 65 mata.
Lima mata yang dikutipnya itu adalah pada pusingan kedua di GP Argentina, April lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mata-di-gp-british |
|
|
|
|
|
|
| |
|