|
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2023/08/tembak.jpeg)
KESAN tembakan pada kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai kejadian berlaku di tepi jalan utama Segari-Pantai Remis, petang semalam. - Foto MEDIA SOSIAL
LUMUT – Seorang lelaki berusia 26 tahun patah pergelangan tangan kiri selepas dipercayai ditembak dua lelaki yang tidak dikenali di depan sebuah rumah kosong di Jalan Segari-Pantai Remis, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata, kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan urus niaga sarang burung walid.
“Kira-kira pukul 5.05 petang semalam, pihak polis telah terima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian tersebut. Hasil pemeriksaan pasukan forensik di tempat kejadian berjaya menemui dua butir kelongsong peluru,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital dan polis menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Inspektor Muhamad Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... ri-akibat-ditembak/ |
|