View: 1567|Reply: 0
|
Syarifuddin idam gelaran rookie of the year
[Copy link]
|
|
SYARIFUDDIN mengakui amat menantikan perlumbaan di Litar Silverstone bagi menghidupkan peluangnya untuk merebut gelaran rookie of the year musim ini.
SEMANGAT pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman masih belum pudar, sebaliknya bersemangat untuk mencapai sasaran merebut gelaran rookie of the year bagi kempen 2023 dengan dirinya kini sudah 100 peratus pulih daripada kecederaan.
Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok kini pulih daripada retak tulang rusuk sewaktu sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Itali pada Jun lalu hingga menyebabkan pelumba MT Helmets-MSI itu terpaksa melupakan dua perlumbaan di Jerman dan Belanda sebelum saingan memasuki rehat musim panas hujung Jun lalu.
Menjelang GP Britain yang membuka tirainya Jumaat ini, Damok mengakui amat menantikan perlumbaan di Litar Silverstone itu bagi ‘menghidupkan’ peluangnya merebut gelaran rookie of the year diidamkan.
“Buat masa sekarang, saya masih meletakkan diri untuk memburu gelaran rookie of the year. Saya perlu bersaing dengan pelumba lebih kuat kerana sekarang ini, sudah hampir ke pertengahan musim.
“Harap dengan berbaki beberapa pusingan ini, saya dapat berjuang memburu gelaran tersebut,” kata Damok semalam.
Selepas lapan pusingan, Damok mengumpul lima mata untuk berada di kedudukan kelima daripada enam pelumba muka baharu dalam senarai klasifikasi rookie of the year, manakala David Alonso dari Colombia mendahului carta dengan 65 mata.
Dalam pada itu, Damok berharap kehadiran cahaya mata sulungnya pada 22 Julai lalu dijadikan sebagai pembakar semangat untuknya terus memburu penamat terbaik di Silverstone nanti.
“Pastinya saya mahu membawa semangat baharu dan saya harap ia akan berhasil untuk dapatkan sesuatu yang diinginkan,” ujarnya yang berlepas ke Silverstone malam kelmarin.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... rookie-of-the-year/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|