CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1608|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kes suntingan titah Sultan Perak diklasifikasi sebagai 3R - KPN

[Copy link]
Post time 2-8-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Siasatan terhadap seorang wanita berhubung suntingan klip video

sebahagian kecil titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diklasifikasikan sebagai kes 3R (Institusi Diraja, Kaum dan Agama).

Ini kerana tindakan wanita berkenaan didapati mengheret kedudukan baginda bagi tujuan politik kepartian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah merekod keterangan wanita berusia 46 tahun itu di Balai Polis Cyberjaya, petang semalam.

"Tiada tangkapan dilakukan terhadapnya setakat ini dan pihak polis telah selesai merekod keterangannya.

"Sama ada dia akan dipanggil semula, itu bergantung siasatan. Ini ialah kes 3R kerana mewujudkan sentimen Institusi Diraja," katanya kepada BH, hari ini.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Hasutan 1948.

Semalam, Razarudin mengesahkan terdapat 24 laporan polis mengenai kes terbabit dan siasatan bersabit penularan rakaman video Sultan Perak yang disunting seakan menyokong sebuah parti politik.

Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Perak turut membuat laporan polis berhubung video yang ditularkan itu, kelmarin.

Video berkenaan memuat naik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin yang dizahirkan pada 19 Februari 2013 ketika baginda yang memangku sebagai Raja Perak bertitah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kasi-sebagai-3r-kpn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.038665 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list